Suri Rumah Didenda RM 9,000 Kerana Hina Agong, Menangis Mengaku Bersalah Di Mahkamah | Seorang wanita menangis teresak-esak dan mengaku melakukan tindakan bodoh kerana menghina Yang di-Pertuan Agong Mei lalu didenda RM9,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa. Rosmawati Mohd Zain, 46, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim M M Edwin Paramjothy. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda. Mengikut pertuduhan, surirumah itu didakwa secara sedar memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui profil Facebook Rosmawati Mohd Zain. Hantaran dibuat 25 Mei…
Author: Syifa' Syakinah
(Video) Cabut ‘Gelang Pink’ Sebab Nak Keluar Dari Rumah, Gadis Dikompaun RM 5000 | Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter mengenai seorang remaja perempuan menaggalkan gelang kuarantin untuk keluar bersiar-siar dari rumah. Tindakan remaja itu akhirnya membawa padah dan dikompaun sebanyak RM 5000. Dilaporkan kejadian tersbut berlaku di Kamunting, Taiping dan pihak polis telah mengesan remaja tersebut. Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, remaja tersebut dikatakan menjalani ujian calitan pada Sabtu lalu dan keputusannya masih belum diperolehi. Remaja itu juga dikatakan hanya singgah di rumah rakannya di kawasan berkenaan dan menanggalkan gelang kuarantin tersebut tanpa kebenaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).…
Perlis Bakal Jadi Negeri Pertama Yang Beralih Ke Fasa 3 PPN | Perlis bakal beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (MKN) setelah berjaya mencapai tiga nilai ambang yang ditetapkan oleh kerajaan. Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Azlan Man, perkara itu telah mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini. “Ini bermakna banyak aktiviti harian dan operasi perniagaan tertentu yang boleh dibenarkan. Salah satunya ialah kebenaran untuk makan di restoran, kedai atau gerai makan. Bagaimanapun ada syarat dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang wajib dipatuhi. “Apapun, tunggu pengumuman rasmi dari…
Bila Atlet Olimpik Ni Melontar, Apa Yang Berlaku Selepas Tu Buat Ramai Kaget | Minggu ini rakyat Malaysia padat dengan menyaksikan acara sukan Olimpik 2020 yang diadakan di Tokyo, Japan. Antara sukan yang sering berlegar di media sosial setakat ini adalah badminton, memanah, terjun dan sebagainya. Rakyat Malaysia juga tuurt memberikan sokongan dari jauh melalui kaca televisyen dan media soisal kepada atlet negara. Rata-rata amat berbangga dengan pencapaian atlet negara pada masa kini. Terbaru, tular sebuah video seorang atlet membuat lontaran bagi acara lontar peluru dan ramai yang kaget dengan kejadian selepas itu. Saksikan video di bawah : https://twitter.com/SamadSaidWhaaat/status/1422048425474891779?s=20 Sumber…
Tular Foto Dan Video Fenomena ‘Halo Matahari’, Warga Maya Terpukau Dengan Keindahannya | Terbaru, satu fenomena yang dikenali sebagai ‘Halo Matahari’ dilaporkan menghiasi langit Malaysia yang dikongsikan oleh warga maya di media sosial masing-masing. Tular juga beberapa foto dan video di setiap platform media sosial hari ini mengenai fenomena tersebut. Fenomena Halo Matahari dimana terbentuk 2 lingkaran halo matahari iaitu halo 22 darjah & halo 46 darjah hasil pembiasan cahaya daripada kristal-kristal ais di atmosfera pada ketinggian lebih 7 kilometer daripada permukaan bumi. Sebahagian besar Semenanjung Malaysia kini diselaputi awan nipis atau dikenali sebagai awan cirrucumulus yang menggalakkan pembetukan fenomena…
(Video) Gara-Gara Disuruh Goreng Ikan, Wanita Nekad Simbah Minyak Panas Dekat Suami | Gara-gara disuruh goreng ikan, seorang isteri bertindak ‘luar kawalan’ dengan menyimbah minyak panas ke suaminya pada Sabtu lalu. Kejadian itu berlaku di Nusa Tenggara Barat, Indonesia. Menurut laporan daripada Kompas, mangsa yang dikenali sebagai Anwar sedang baring dan menunggu ikan yang dimintanya itu dikatakan tiba-tiba disiram dengan minyak panas oleh isterinya. Akibat dengan tindakan tersebut, seluruh wajah dan badan mangsa dilaporkan melecur. Menurut anak mangsa, pada mulanya Anwar meminta isterinya untuk menggoreng ikan dan isterinya bergegas ke dapur bagi memenuhi kehendak suaminya. Tidak lama kemudian, si isteri…
Tukang Rumah Dijatuhkan Hukuman 5 Tahun Dan Sebatan Kerana Miliki Ekor Pari | Seorang tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Pasir Mas di sini, atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu ekor pari pada 26 Julai lalu. Abdul Hallim Samsuddin, 26, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 iaitu penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta sebatan. Pengakuan berkenaan dibuat di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdi dan pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Abu Bakar. Menurut fakta kes, pada 26 Julai…
Ini Senarai PPV Yang Boleh ‘Walk-In’ Bermula Esok Di Lembah Klang | Vaksinasi secara “jalan terus” akan dilakukan bermula esok di beberapa Pusat pemberian Vaksin (PPV) terpilih di sekitar Lembah Klang. Kaedah ini akan dijalankan bermula jam 2 petang. Masa dan tempat iaitu PPV bagi warganegara dan bukan warganegara juga adalah berlainan. Bagi warganegara anada boleh dapatkan suntikan vaksin secara ‘walk-in’ bermula esok sehingga 22 Ogos. Manakala bagi bukan warganegara pula boleh dapatkan bermula 9 sehingga 22 Ogos 2021. Berikut merupakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terpilih : Warganera Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO F Kuala Lumpur Convention Centre…
US Luluskan 18 Penjualan Helikopter Perang Kepada Israel Dengan Nilai 3.4billion USD | Amerika Syarikat baru-baru ini telah meluluskan penjualan 18 buah helikopter perang kepada Israel dengan nilai 3.4 billion USD, menurut kenyataan yang dikeluarkan pada hari Jumaat lalu. Menurut kenyataan itu, Israel akan menerima 18 helikopter jenis CH-53K untuk menggantikan skuadron Yasur yang sudah tua. Ia juga merangkumi enjin, sistem navigasi, persenjataan, peralatan sokongan, alat ganti dan sokongan teknikal. Lockhead Martin Corp dan Israel General Electric Co adalah kontraktor utama bagi penjualan tersebut, lapor akhar Israel Haaretz. “Amerika Syarikat komited untuk keamanan Israel dan sangat penting bagi kepentingan nasional…
Usahawan Kosmetik Terkenal Buat IG ‘Live’ Sambil Makan Durian Ramai-Ramai, Polis Buka Kertas Siasatan | Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang selebriti kosmetik berhubung siaran langsung jamuan durian bersama beberapa individu yang tular di media sosial, pada Jumaat. Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superitendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, polis memulakan siasatan ke atas selebriti itu selepas tangkap layar video terbabit tular di media sosial. Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati selebriti itu melanggar prosuder operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). “Pada 30 Julai lalu, lebih kurang 1.10 tengah hari, tular satu tangkap layar yang…