Seorang lelaki bertindak nekad dengan terjun dari tingkat 21 sebuah bangunan di OUG Parklane, di sini, selasa lalu, dipercayai kerana selisih faham dengan teman wanitanya. Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 10.32 malam pada selasa lepas. “Hasil siasatan awal dilakukan mendapati lelaki berusia 20-an itu terjun dari tingkat 21 sebelum terjatuh pada tingkat tujuh bangunan sama berhampiran kolam renang. “Pemeriksaan dilakukan di lokasi kejadian mendapati tiada unsur-unsur yang mengaitkan dengan jenayah,” katanya dalam kenyataan, semalam. Amihizam berkata, kejadian itu dipercayai berpunca akibat selisih faham antara lelaki berkenaan dengan teman…
Author: Syifa' Syakinah
Keputusan Kes Rasuah Bung Moktar, Zizie Izette Akan Diketahui Esok. | Keputusan sama ada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, dilepaskan atau dipanggil membela diri atas tuduhan rasuah RM2.8 juta, akan diketahui di Mahkamah Sesyen di sini pada jam 3 petang Jumaat. Pertuduhan adalah membabitkan suapan bagi mendapatkan kelulusan untuk Felcra Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad. Keputusan di akhir kes pendakwaan itu akan disampaikan oleh Hakim Rozina Ayob selepas mahkamah mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan pada 24 Jun lalu. MENELITI KETERANGAN…
“Saya mungkin boleh maafkan mereka, tetapi akan mengambil sedikit masa sebab kejadian ini baru terjadi,” kata Hizanawati Abu Bakar, 48. Ibu kepada Muhammad Damin Mikhail Kamsol, 16, yang terkorban dalam kebakaran tandas awam di Bandar Puncak Alam Fasa 3, kelmarin, reda dengan ketentuan Allah SWT namun bimbang perlakuan sama itu berulang dan mengenai anak orang lain. Sehubungan itu, Hizanawati yang juga ibu enam anak menegaskan akan mengikuti perkembangan kes Muhammad Damin dari semasa ke semasa. “Mungkin ajal arwah sudah tertulis, kalau ada di rumah sekali pun, mungkin dia akan meninggal dunia dengan cara lain. “InsyaAllah, Muhammad Damin anak yang baik…
Seorang lelaki berusia 18 tahun dari Lampung Timur dilapor maut selepas membakar dirinya akibat kemurungan. Menurut polis, mangsa bertindak sedemikian kerana sering dihina oleh rakan-rakannya akibat mengalami masalah kewangan. “Mangsa nekad untuk membakar badannya sendiri kerana murung akibat sering diejek rakan sekerjanya kerana masalah kewangan. Jadi secara asasnya dia sering digelar sebagai anak miskin dan sering dipulau oleh rakan-rakannya,” kata Ketua Polis Way Bungur, Iptu Riki kepada detikSumut, Isnin (29/8/2022) . Riki berkata, kejadian itu bermula apabila dia mengucapkan selamat tinggal kepada ibu bapanya untuk mencari pekerjaan. Ketika itu mangsa hendak ke Way Bungur, Lampung Timur untuk bertemu rakan sekerjanya.…
Pada 23 Ogos yang lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Kini, hampir seminggu Najib Razak berada di dalam penjara. Terbaru, anak Najib Razak iaitu Nooryana Najwa memuatnaik gambar Kiky (kucing peliharaan) bapanya di laman Facebook rasmi Najib Razak. Menerusi kandungan tersebut, Nooryana berkongsi mengenai satu ruangan yang selalu dilalui oleh bapanya untuk ke bilik solat. Laluan itu juga kucing peliharaan yang diberi gelaran sebagai Kiky selalu menunggu bapanya di situ. Sedikit sebanyak terasa…
Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 bagi pesara dan veteran kerajaan tidak berpencen. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pembayaran BKK itu akan dibuat bermula Januari 2023. “Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 dibayar kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen yang akan diberi pada Januari 2023. “Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam yang sentiasa memastikan jentera Kerajaan bergerak dengan berkesan, melaksanakan dasar dan menjayakan setiap aspirasi Kerajaan,” jelasnya. Pengumuman…
Seorang lelaki ditemukan mati dengan kesan kelar di leher di ladang sawit di Felda Kerteh 6, dekat sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mayat itu ditemukan berlumuran darah kira-kira 6.50 petang oleh pengurus ladang berusia 60 tahun. “Pengurus ladang terbabit ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya dan terserempak dengan mangsa dalam keadaan terbaring. “Pengurus terbabit kemudian bertindak menghubungi Balai Polis Ketengah Jaya,” katanya ketika ditemukan di lokasi kejadian. Baharudin berkata, polis yang menerima laporan bergegas ke kawasan ladang terbabit untuk menjalankan siasatan. “Mangsa adalah penduduk tempatan berusia 42 tahun. Siasatan masih dijalankan dan setakat…
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo menggesa agar gaji pegawai kerajaan dipotong bagi menangani masalah inflasi yang semakin membimbangkan ketika ini. Memetik laporan Yonhap News Agency, Han menyuarakan mengenai perkara tersebut di mesyuarat parlimen pada Isnin. “Gaji pegawai kerajaan perlu diturunkan sedikit sebanyak dengan mengetatkan dasar fiskal. “Apabila inflasi yang melambung tinggi berlaku disebabkan oleh penawaran dan permintaan, setiap orang perlu mengorbankan bahagian mereka,” katanya kepada ahli parlimen. Beliau juga turut memberi respon kepada kenyataan Menteri Kewangan, Choo Kyung Ho yang sebelum ini telah menggesa firma swasta untuk mengelak daripada menaikkan gaji secara berlebihan dan memberikan amaran bahawa ia…
Tiga pelajar lelaki sebuah sekolah menengah kebangsaan berasrama di Bandar Kemaman mendakwa dibuli dan dipukul sekumpulan senior dalam kejadian 23 Ogos lalu. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, ketiga-tiga mangsa terbabit membuat laporan polis pada 27 Ogos. Menurutnya, laporan pertama dibuat pelajar berusia 14 tahun yang mendakwa dipukul sekumpulan pelajar sehingga menyebabkan gegendang telinga sebelah kanan pecah serta lebam di badan. “Pada tarikh sama, dua lagi pelajar berusia 13 dan 15 tahun hadir ke Balai Polis Chukai turut membuat aduan mereka dipukul sehingga lebam di badan. “Kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan dan dirawat sebagai…
Petisyen Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kepada Yang di-Pertuan Agong agar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak wajar diampunkan kini mencecah lebih 112,000 pada Isnin. Petisyen yang digerakkan menerusi portal Change.org itu telah menunjukkan peningkatan sejak ia dilancarkan Rabu minggu lalu. Pemerhatian Astro AWANI mendapati, setakat 1 tengah hari Isnin, sejumlah 112,224 telah menandatangani petisyen yang disasarkan mencapai 150,000 penanda tangan. Menurut BERSIH, petisyen itu bagi meminta Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak menggunakan kuasa pengampunan terhadap Najib. Sementara itu, satu lagi referendum yang dilancarkan oleh penyokong Najib pula sehingga kini…