Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Seorang lelaki dikecam pengguna media sosial ekoran tindakannya menampar seekor kucing yang disifatkan tidak berperikemanusiaan. Perbuatan lelaki itu dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) dan rakaman tersebut dimuat naik oleh Persatuan Haiwan Malaysia pada laman sosialnya. Berdasarkan rakaman video, kucing tersebut memanjat dan melalui tembok sebuah rumah dan secara tiba-tiba lelaki itu menampar haiwan itu hingga jatuh ke lantai. Persatuan Haiwan Malaysia memaklumkan pada hantaran Facebook, kejadian itu dipercayai berlaku di Kulim, Kedah. “Pemilik CCTV yang melihat rakaman miliknya ini dirayu mengenalpasti wajah pelaku dan seterusnya mengemukakan laporan rasmi jenayah haiwan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan segera. “Laporkan kes jenayah…

Read More

Allahyarham Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, 24, yang hilang sejak 29 Oktober tahun lalu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, di sini malam ini. Perkara itu dimaklumkan oleh ibu Allahyarham, Asmawati Kadir, 55, ketika dihubungi pemberita sebentar tadi. Terdahulu, Asmawati berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan bagi membuat ujian pemadanan asid deoksiribonukleik (DNA) mereka untuk dibandingkan dengan rangka yang ditemui. “Tadi sudah pun dibuat ujian pemadanan DNA seperti yang diminta. Alhamdulillah, jenazah Muhammad Iman boleh dibawa pulang pada hari ini. “Selepas selesai jenazah dimandikan, dikafan dan disolatkan, kami akan bawanya pulang untuk dikebumikan di…

Read More

Tindakan pantas seorang lelaki yang menyelamatkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang terjatuh dari tingkat lima sebuah rumah pangsa di wilayah Zhejiang di Beijing, China mendapat pujian ramai. https://twitter.com/zlj517/status/1550492805310558208?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1550492805310558208%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fohbulan.com%2Fvideo-lelaki-sambut-kanak-kanak-2-tahun-jatuh-dari-tingkat-5 Menerusi laporan India.com, kejadian itu berlaku ketika lelaki yang dikenali sebagai Shen Dong sedang meletakkan kenderaan miliknya di seberang jalan berhampiran beberapa blok rumah di kawasan tersebut. Menurut Dong, dia mendengar satu bunyi yang kuat ketika kanak-kanak tersebut jatuh di atas sebuah bumbung keluli. Lebih terkejut, kanak-kanak itu berada dalam keadaan terumbang-ambing di tingkat satu lalu tergelincir sekali lagi. Tanpa melengahkan masa, Dong terus mencampak telefon bimbitnya dan menyambut kanak-kanak tersebut…

Read More

Seorang remaja berusia 15 tahun disyaki telah menjadi mangsa pengabaian dan penderaan oleh bapa dan ibu tirinya setelah rakaman yang memaparkan keadaannya tular di media sosial. Memetik laporan Kompas.com, video tersebut memaparkan keadaan mangsa yang ketika itu memakai baju berwarna merah dan duduk bersila di atas tanah, dengan kakinya dirantai. Remaja itu juga kelihatan sangat kurus dan memberi isyarat lapar serta meminta makanan. Difahamkan, remaja itu melarikan diri dari rumah selepas bapa dan ibu tirinya terlupa mengunci pintu pagar. Dia juga telah pergi ke rumah jirannya dan meminta makanan kerana lapar. “Dia kata dia lapar, ayah dan ibu tirinya tak…

Read More

Seorang lelaki di Britain telah mengemukakan tuntutan saman sebanyak RM1 juta terhadap pemilik sebuah gerai makan kerana mendakwa menyebabkan dia mengalami masalah kentut tanpa henti sejak makan sandwich yang dibeli di premis berkenaan lima tahun lalu. Menerusi laporan Times Now, Tyrone Prades membeli sandwic itu pada bulan Disember 2017 ketika melawat sebuah pasar Krismas di Birmingham bersama isteri dan anak-anaknya. Menurut peguam, Robert Parkin, anak guamnya mengalami kekejangan pada perut, demam, muntah dan cirit-birit beberapa jam selepas makan sandwic tersebut. Difahamkan , Prades telah terlantar di atas katil selama lima minggu akibat jangkitan bakteria salmonella. Robert turut berkata, Prades mengalami masalah kembung perut…

Read More

Misteri kehilangan seorang pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan sejak 10 bulan lalu terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam kenderaan yang terjunam ke sebuah sungai di Jalan Nenasi-Pekan, Pekan hari ini. Mayat Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, 24, (ketika kejadian), ditemui lengkap berpakaian kerja ‘offshore’ di tempat memandu kenderaan Nissan Grand Livina miliknya. Muhammad Iman Aqmar dilaporkan hilang sejak 29 Oktober tahun lalu dikatakan dalam perjalanan pulang ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu. Menurut ibu mangsa, Azmawati Ab. Kadir, 54, penemuan kenderaan itu disedari oleh orang awam yang melalui laluan tersebut sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa. “Saya terima panggilan berhubung kejadian…

Read More

Dua warga Rohingya masing-masing seorang remaja dan kanak-kanak dilaporkan lemas ketika mandi di sungai berdekatan Kampung Bakar Batu, di sini, semalam. Mayat mangsa yang dikenali sebagai Mahmod, 11, dan Nojumullah Bibir Ahmad, 14, hanya ditemui pagi tadi. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Mohd Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.24 pagi tadi. “Difahamkan, dua mangsa bersama lapan lagi rakan mandi di sungai pada jam 2 petang semalam. Apabila mereka dipercayai lemas, rakan yang lain panik dan bertindak mendiamkan diri. “Apabila dua mangsa ini tidak pulang ke rumah, bapa mereka mencari rakan…

Read More

Juruterbang sebuah pesawat dari syarikat penerbangan Indonesia, Citilink dilaporkan sempat melakukan pendaratan kecemasan di Bandara Juanda, sebelum dia dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia. Memetik laporan berita Detik, juruterbang tersebut yang sedang melakukan perjalanan Surabaya-Makassar dilaporkan meninggal dunia sebaik sahaja pesawat itu melakukan pendaratan kecemasan. Sebelum itu, juruterbang berkenaan dilaporkan jatuh sakit ketika baru memulakan tugasan. Menurut laporan rasmi dari Citilink, pesawat dengan nombor penerbangan QG 307 itu berlepas pada Khamis, 21 Julai 2022 pada pukul 6.00. Namun, setelah 15 minit terbang di udara, pesawat kembali dan mendarat di Bandara Juanda kerana juruterbang mengalami masalah kesihatan secara kecemasan. Selepas…

Read More

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) terpaksa melakukan kerja pembersihan dan mengeluarkan timbunan sampah di kediaman satu pasangan di Taman Bintang, Pantai Remis, Manjung, buat kali ketiga kerana mengganggu penduduk setempat. Dalam satu kenyataan, MPM memaklumkan bahawa kerja-kerja pembersihan telah dilakukan di kawasan hadapan, tepi dan lorong belakang rumah itu. Keseluruhan kerja pembersihan dan mengeluarkan timbunan sampah di kawasan rumah itu telah mengambil masa lebih kurang dua jam setengah. Kerja-kerja pembersihan yang bermula pada jam 8.30 hingga 11.00 pagi dilakukan susulan aduan yang diterima daripada penduduk setempat berkaitan keadaan persekitaran rumah yang kotor dan dipenuhi sampah daripada pelbagai barangan lusuh hingga menyebabkan…

Read More

Penghantar Makanan Hina Islam, Ini HUKUMAN Yang Diterima | Khalifah Media Networks – Seorang penghantar makanan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi menghina agama Islam di laman sosial YouTube, minggu lalu. Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Nor’Muzil Mohd Razalli, 39, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan itu. Mahkamah turut memerintahkan Mohd Nor’Muzil selaku Orang Kena Saman (OKS) dikenakan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu. Bayaran Denda… Difahamkan OKS gagal membayar denda tersebut. Dalam menjatuhkan hukuman, Hakim Ahmad Rizki berkata perbuatan yang dilakukan tertuduh adalah serius.…

Read More