Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Presiden Turki Erdogan menghantar mesej jelas kepada Rusia pada Selasa dan berkata pengiktirafan Rusia adalah pencabulan jelas terhadap perpaduan politik, kedaulatan dan integriti wilayah Ukraine, lapor Agensi Berita Anadolu. Menurut laporan itu, Erdogan memberitahu wartawan yang menghadiri lawatannya ke negara-negara Afrika dengan pesawat presiden bahawa Turki menentang pengiktirafan Rusia terhadap wilayah pemisah. Semalam, Putin mengarahkan “operasi keamanan” di wilayah Luhansk dan Donetsk Ukraine selepas mengiktiraf kemerdekaan wilayah pemisah. “Kami dengan ikhlas berusaha untuk meredakan ketegangan dalam krisis ini dan menghantar mesej kami berhubung penyelesaian isu itu,” tambahnya. Ankara telah menawarkan untuk menjadi pengantara rundingan antara Rusia dan Ukraine. Bulan lalu,…

Read More

Aset dan akaun bank milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ia berikutan siasatan oleh agensi berkenaan selepas bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner mendakwa diperas ugut dalam pembelian sebuah rumah di London menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sumber SPRM memaklumkan perintah pembekuan dibuat mengikut Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA 2001). “Perintah pembekuan itu sekali gus melarang Rohana daripada melakukan sebarang transaksi membabitkan rumah dan akaun bank miliknya di United Kingdom (UK). “Tindakan itu selepas SPRM memulakan siasatan terhadap…

Read More

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dipercayai ‘turun padang’ bersama pasukan pertahanan dan rakyat Ukraine untuk menentang Rusia, setelah negara itu bertindak melancarkan serangan sejak beberapa hari lalu. Zelenskyy juga sempat merakam dirinya bersama barisan pimpinan Ukraine yang lain di luar bangunan presiden di Kyiv dan kini dikatakan berada di bunker rahsia. “Kami semua di sini. Tentera kita ada di sini. Rakyat ada di sini. Kami semua di sini mempertahankan kemerdekaan kami, negara kami, dan ia akan kekal seperti ini,” kata Zelenskyy yang turut bersama perdana menteri, ketua kakitangan dan pembantu kanannya yang lain. Sebelumnya, Zelenskyy sempat mengingatkan para pemimpin Eropah, “Ini mungkin…

Read More

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pada sidang media hari ini mengumumkan prosedur kuarantin baharu kepada rakyat Malaysia. Antaranya adalah individu yang diklasifikasi sebagai Kontak Rapat, namun telah menerima dos penggalak dan tidak memiliki sebarang gejala – tidak perlu jalani kuarantin. Hanya perlu melaksanakan ujian kendiri dalam tempoh 3 hari sahaja. Namun jika memiliki gejala indivdiu berkaitan wajib menjalani kuarantin selama 5 hari. Bagaimanapun, bagi individu Kontak Rapat yang sekadar memiliki status lengkap vaksinasi tetapi masih tidak menerima dos penggalak – masih wajib untuk menjalani proses kuarantin bagi tempoh 5 hari. Menurut Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan negara penerapan prosedur baharu ini akan…

Read More

Seorang bekas warden pusat tahfiz dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini atas 10 pertuduhan meliwat dan melakukan amang seksual terhadap enam pelajar. Bagaimanapun tertuduh Muhammad Jamil Abdul Kadir, 23, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd. Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan terhadap enam pelajar lelaki berusia 11 hingga 13 tahun di sebuah pusat tahfiz di Kemaman daripada Disember 2021 hingga Februari lalu. Tertuduh berdepan satu pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, dua pertuduhan mengikut Seksyen 377B kanun yang sama selain empat pertuduhan mengikut Seksyen 14(d) dan tiga pertuduhan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan…

Read More

Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukan meluluskan dokumen pembelian kenderaan bernilai RM15,000 kepada isterinya, tiga tahun lalu. Mohaidy Tabin, 43, yang juga Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Majlis Keselamatan Negara Sabah membuat pengakuan itu dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud. Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa menyalahgunakan kedudukannya ketika berkhidmat selaku Ketua Cawangan dan Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga di Pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Tawau bagi mendapatkan suapan. Tertuduh didakwa mengambil tindakan memilih Faizah Noor Fauzi iaitu isterinya sendiri…

Read More

Ukraine telah mengisytiharkan perintah darurat dan menggesa semua rakyatnya keluar dari Rusia dengan kadar segera, lapor Al-Jazeera. Moscow pula dilaporkan telah memindahkan kedutaannya di Kyiv sekaligus menandakan ketegangan antara kedua-dua negara semakin memuncak. Menurut laporan, serangan dikatakan semakin sengit di timur Ukraine pada Rabu, setelah Rusia mengiktiraf dua kawasan puak pemisah di Ukraine yang menyokong mereka. Semalam, Parlimen Ukraine mempersetujui saranan Presiden Volodymyr Zelenskyy untuk mengadakan perintah darurat selama 30 hari bermula hari ini. Sumber : SK

Read More

Akibat menumbuk muka abang kandung sehingga lebam kerana enggan memberikan RM400 kepadanya untuk membaiki motosikal, seorang penulis blog dihukum penjara 14 hari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini. Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Zailan Yunus, 55, mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Mohd Zaidi Yunus, 56, di sebuah rumah di Jalan 23 Selayang Baru, Gombak di sini pada 1.30 tengah hari 18 Februari lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen…

Read More

Jemaah Yang Lengkap Vaksin Dan ‘Booster’ Sahaja Boleh Solat Jumaat Di Masjid Seluruh Selangor | Khalifah Media Networks – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan edaran ketetapan terkini berhubung kehadiran solat Jumaat di masjid seluruh negeri Selangor termasuk mewajibkan pengambilan dos penggalak. Surat edaran bertarikh 21 Februari itu menyatakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkenan mengekalkan ketetapan solat Jumaat. Termasuk solat lima waktu dan program pengimarahan dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertarikh 20 Januari lalu. Surat bertarikh 20 Januari itu menjelaskan ketetapan baru pelaksanaan solat fardhu Jumaat dengan kapasiti penuh. Turut serta penjarakan fizikal 1 meter antara…

Read More

Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter manakala harga bagi RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 24 Feb hingga 2 Mac ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON97 naik daripada RM3.27 kepada RM3.29 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter. “Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu. Kerajaan akan…

Read More