Seorang wanita berusia 47 tahun di Incheon, Korea Selatan telah ditahan pada Jumaat lalu kerana gagal mendaftarkan kematian ibunya selama lebih dua tahun. Menurut The Korea Herald, wanita tersebut turut menyimpan mayat ibunya di rumah tempat mereka tinggal bersama bagi menikmati faedah pencen ibunya. Polis dilaporkan bakal mendakwa wanita itu atas pertuduhan menyembunyikan dan menyimpan mayat. Jika disabit kesalahan, wanita itu boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun. Waran telah dikeluarkan oleh Mahkamah Daerah Incheon pada hari sama wanita itu ditangkap. Taktik wanita itu difahamkan terbongkar selepas pihak berkuasa kebajikan curiga ibu wanita berkenaan tidak mempunyai rekod perubatan sejak dua tahun…
Author: Syifa' Syakinah
Mayat dipotong kepada enam bahagian dan disumbatkan ke dalam bagasi ditemui di tepi Lebuhraya Utara-Selatan Plus berhampiran susur Rawang Selatan arah utara di sini, 2 petang, hari ini. Menurut sumber, ketika ditemui, bahagian badan mangsa didapati berada di atas rumput berhampiran beg berkenaan. “Bagaimanapun identiti mangsa masih gagal dikenal pasti berikutan tiada pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa,” katanya. Menurutnya, setakat ini polis mengesyaki mangsa adalah lelaki warga asing berdasarkan siasatan awal dilakukan. “Susulan penemuan mayat itu, sepasukan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan mayat berkenaan. Sumber : Harian Metro…
Guru besar sebuah sekolah di Beranang, di sini, yang menjadi mangsa samun di Pekan Semenyih, semalam, memberi alasan sudah biasa mengambil wang bantuan awal persekolahan tanpa pengiring daripada pihak polis. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya tidak mendapat permohonan pengiring daripada guru besar berusia 50 tahun berkenaan untuk tujuan pengeluaran wang itu semalam. “Berdasarkan keterangan guru besar berkenaan, dia tidak buat permohonan pengiring polis untuk transaksi pengeluaran wang berkenaan kerana sudah berpengalaman 10 tahun dalam mengendalikan situasi itu. “Menurutnya, sepanjang tempoh 10 tahun berkenaan, tidak pernah berlaku perkara sedemikian. Perkara ini menyebabkan saya merasa ralat…
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara boleh melakukan penjimatan sehingga RM10 bilion daripada kebocoran yang berlaku dalam sistem perolehan kerajaan. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kebocoran boleh dihentikan sekiranya amalan rasuah dibanteras di semua peringkat termasuk mengubah cara lama iaitu tanpa campur tangan politik atau kepentingan peniaga besar dalam perolehan kerajaan. “Kita mengalami kebocoran yang tinggi. Belum dua bulan (saya) di Kementerian Kewangan sudah kenal pasti RM3 bilion hingga RM4 bilion yang boleh diselamatkan,” katanya ketika berucap pada majlis Dialog Belanjawan 2023 bertema ‘Membangun Malaysia Madani’ di sini hari ini. Turut hadir ialah dua Timbalan Menteri Kewangan…
Seorang guru berputih mata selepas wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM109,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang, Selangor hilang, apabila dilarikan penjenayah. Difahamkan wang berkenaan baru saja dikeluarkan oleh Guru Besar di sekolah berkenaan sebelum cermin kenderaannya dipecahkan ketika pergi membeli minuman. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 12.17 tengahari semalam ketika guru berkenaan mengeluarkan wang bantuan awal persekolahan dari sebuah bank di pekan Semenyih yang sepatutnya diagihkan kepada pelajarnya pada hari ini. “Guru berusia 50 tahun itu berseorangan mengeluarkan wang tunai berjumlah kira-kira RM109,000 dari sebuah…
Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ProRakyat) semalam mengemukakan Resolusi Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memohon kerajaan membenarkan tuntutan pengeluaran simpanan KWSP antara RM10,000 hingga RM30,000 secara ‘one-off’. Resolusi yang disampaikan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin itu, menurut ProRakyat, adalah sebagai langkah jangka pendek boleh dipertimbangkan kerajaan untuk memastikan rakyat tidak terputus wang tunai. Kepada tuntutan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, menjelaskan kerajaan perlu mempertimbangkan nasib dan masa depan pencarum sebelum membenarkan pengeluaran sekali lagi simpanan daripada KWSP. Perdana Menteri berkata, adalah lebih baik kerajaan mencari jalan dan kaedah lain yang lebih berkesan dalam membantu rakyat yang…
Sebuah kedai kasut jenama popular musnah dalam kebakaran di pusat beli-belah di sini, pagi tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.39 pagi dan tiba beberapa minit kemudian. “Kebakaran melibatkan sebuah kedai kasut di tingkat satu di dalam pusat beli-belah itu, yang terbakar 100 peratus. “Kejadian tidak melibatkan mangsa dan kerja-kerja ‘overhaul’ sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata seramai 33 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Bangi, Bandar Tun Hussein Onn dan Kajang terlibat dalam operasi pemadaman itu. https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1614531608283082752?s=20&t=Z6utf7PG0ENADNEcQar7Fg Sumber :…
Marah anak bermain telefon bimbit hingga lewat malam, seorang bapa tergamak memukul dengan tali pinggang selain mengugut ingin membunuh dengan parang pemotong daging di kediaman mereka di Lembah Subang, di sini, kelmarin. Bagaimanapun tindakan lelaki panas baran terbabit mengundang padah apabila ditahan polis. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.18 tengah hari kelmarin daripada mangsa berusia 16 tahun. Menurutnya, siasatan polis mendapati suspek berusia 56 tahun itu mengugut anaknya dengan parang pemotong daging dan memukulnya dengan tali pinggang. “Bertindak atas maklumat, pada jam 10.30 malam, sepasukan…
Seorang wanita meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 20 sebuah kondominium di Taman Sungai Besi, Cheras, di sini, pada Isnin. Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 5.48 petang. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Salak Selatan Baru bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang wanita berusia 19 tahun dalam keadaan terbaring di jalan berhampiran lobi kondominium terbabit. “Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM, Cheras, di sini, yang berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin. Zam Halim berkata,…
Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat bersuara menentang percubaan pihak tertentu untuk menakut-nakutkan badan kehakiman dan terdapat ancaman bunuh terhadapnya dalam kes politik yang dibicarakan tahun lepas. Semasa ucapan pada Tahun Pembukaan Tahun Undang-undang 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dia menggesa para hakim untuk terus membuat keputusan tanpa rasa takut atau pilih kasih. Bagaimanapun, Tengku Maimun tidak mendedahkan siapa pihak yang dimaksudkannya itu. “Tahun lalu, cubaan untuk menakut-nakutkan atau sebaliknya memberikan tekanan yang tidak wajar terhadap hakim yang mengetuai kes kepentingan awam semakin ketara. “Percubaan ini adalah penghinaan langsung terhadap kedaulatan undang-undang dan kebebasan kehakiman. Mereka sememangnya patut…