Babysitter Kecewa | Saya ada terbaca pos Permintaan Seorang Pengasuh baru-baru ini di IIUM-Confession. Izinkan saya membuat sedikit luahan saya sebagai seorang pengasuh.
Saya baru mula mengasuh dalam setengah tahun. Memandangkan anak sendiri
tiga orang dah besar dan semuanya dah bersekolah, saya pilih mengasuh
sebagai sumber duit tepi.
Suami tak izin untuk saya keluar bekerja sebab dia lebih suka saya
selalu ada kat rumah dan anak-anak depan mata. Sekarang saya ada tiga
orang anak asuhan yang berlainan ibu bapa dari lain-lain background
keluarga.
Anak asuhan yang pertama merupakan anak kepada seorang pekerja swasta
berumur 3 tahun. Yang kedua pula merupakan anak seorang nurse yang
berumur setahun lebih dan seorang lagi anak cikgu, berumur 3 bulan.
Ketiga-tiga mereka lelaki.
Mereka masuk ke dalam jagaan saya secara berperingkat, bukan serentak.
Yang paling awal saya jaga adalah anak cikgu. Dan ketiga-tiga parent ini
telah saya bersetuju dengan semua syarat yang saya letak sebelum saya
mengasuh anak mereka.
Syarat saya tak banyak pun. Just pastikan ambil tepat pada waktu. Ini
yang paling saya tekankan. Sebab saya tak nak mengasuh anak orang secara
lebih masa. Penat.
Sesekali kalau mereka balik lambat, saya boleh bertimbang rasa. Masih
boleh diterima dan faham. Kalau setiap hari memang saya taknak.
Saya letak masa 8 jam sehari untuk mengasuh dan memang saya dah tekankan
yang saya jaga anak orang untuk waktu pejabat sahaja. Tak kiralah hantar
waktu mana, contoh anak cikgu.
Mak dia hantar dari pukul 7 pagi dan saya memang harapkan pukul 3 dia
dah ambil anak dia. Sesekali dia ada mesyuarat, saya okey dan boleh
tolong jaga.
Masalah masa ni lebih kepada yang melibatkan anak yang ibunya kerja
nurse. Awal-awal lagi masa deal saya dah tekankan banyak kali yang saya
tak ambil budak yang mak dia kerja shift. Ini pilihan saya dan saya nak
elakkan.
Tapi mak dia minta juga dan bagi jaminan yang dia akan hantar anak ikut
waktu pejabat dengan alasan walaupun dia kerja shift, suaminya kerja
waktu pejabat.
Walaupun berat hati, saya terima juga memandangkan dia merayu dan
berjanji sungguh-sungguh. Yang saya mula tak seronok jaga anak dia bila
dia mula minta jaga lebih waktu.
Saya cuba faham dan bagi dia syarat, ambil anak sebelum waktu maghrib.
Mula-mula ok, dia ikut masa pejabat ambil dan hantar anak, lama-lama
mulalah cipta alasan itu ini. Saya betul-betul tak suka dan jadi tak selesa.
Hujung minggu pun call nak hantar anak dia. Saya dah cakap baik-baik
dari awal lagi yang hujung minggu saya takkan mengasuh. Tapi tiba-tiba
dah depan pintu pagar rumah dengan anak.
Dengan alasan suami ada hal, suami nak memancinglah, suami outstation
dan apa semua, saya langsung tak boleh nak menolak. Padahal itu bukan
masalah saya, tapi masalah dia.
Saya bagi dia cadangan suruh cari pengasuh yang lain sahaja Dia setuju
tapi sampai hari ni masih saya kena jaga anak dia. Saya mula jadi tak
ikhlas nak jaga anak dia.
Hampir setiap hari saya tanya dia, dah jumpa pengasuh baru ke belum.
Saya mula rasa tertekan. Alasan dia belum ada masa nak cari pengasuh
sebab sibuk. Kenapa awal-awal berjanji lain, tiba-tiba buat pengasuh
macam ni?
Saya jaga anak dia dengan baik walaupun saya mula jengkel dengan
maknya.. saya masih waras lagi untuk fikir baik-baik.
Lebih buat saya bengang bila dia mula start menumpangkan anak sulungnya
di hujung minggu. Dengan alasan takde siapa nak jaga anak dia. Saya tak
boleh nak tolak walau hati mula tak rela.
Tolonglah jangan buat pengasuh macam ni. Awal-awal dan berjanji
macam-macam janganlah mungkir janji. Kalau rasa pengasuh tak boleh jaga
ikut masa kerja anda, tolonglah cari pengasuh lain yang sesuai.
Dan saya akui, ramai pengasuh yang taknak jaga anak asuhan yang maknya
kerja shift. Dan mak nurse ni sendiri pun admit pada saya yang
kebanyakan bs taknak jaga budak yang mak kerja shift.
Saya rasa kat sini kena ada kerjasama antara suami dan isteri. Isteri
kerja shift, suami kena supportive. Kena tolong jaga anak bila isteri
pergi kerja.
Mana boleh sesuka hati nak pergi memancing ke apa kalau isteri kena
kerja anak takde orang nak jaga. Atau usahalah cari pengasuh yang lain.
Walaupun korang kena bayar mahal sikit.
Saya harap masalah yang satu ni cepatlah selesai. Saya pun ada hal di
hujung minggu. Ni datang terjah dengan anak tiba-tiba dengan beg
siap-siap saya jadi tak boleh nak tolak. Takkan saya nak hempas pintu
rumah depan muka dia kan? Apa patut saya buat?
Saya bukan taknak tolong dia tapi dah setiap minggu saya kena jaga anak
dia di hari cuti saya. Bayaran tetap sama, takde pun bagi bayaran lebih.
Tapi bukan bermakna saya nak duit lebih, saya lebih pentingkan masa
rehat di hari cuti saya dari duit. Saya nak berehat dan nak luang masa
dengan keluarga. Apa patut saya buat untuk selesaikan masalah ni?
Untuk mak yang pekerja swasta tu takde masalah sangat. Dia datang dan
ambil anak tepat pada waktu. Tak pernah minta jaga lebih masa apatah
lagi minta jaga anak dia di hujung minggu. Dia memang tak pernah
mengganggu waktu rehat dan cuti saya.
Cuma satu hal, kerap hantar anak dengan pampers yang dah penuh. Pernah
direct seminggu anak dia dah berak dari rumah dia lagi. Yang saya heran
dia tak bau ke anak dia berak atau dia memang sengaja malas nak cuci?
Saya dah tegur dia, bukan sekali dua. Banyak kali dia kena tegur dan
berjanji takkan berulang lagi, tapi tetap sama jugak masalahnya. Saya
bukannya malas nak cuci berak anak tu, tapi ni comman sense.
Ambil dari rumah pengasuh kalau pengasuh tak cuci berak anak awak, awak
marah tak? Tolonglah cek diaper anak tu. Kesian kat anak. Mak boleh
wangi-wangi, anak bau taik. Agak-agaklah.
Berbalik pada luahan pengasuh hari tu, saya setuju la dengan kebanyakan
permintaan dia tu. Bagi saya benda tu standardlah. Part mandi pagi tu
bolehlah consider. Kalau pengasuh tak kisah, tak apa je.
Anak cikgu yang saya jaga, pagi-pagi lagi hantar mak dia dah mandi
wangi-wangi. Saya pula yang pesan jangan dimandikan dulu baby tu, bukan
apa takut baby sejuk dan selesema. Tapi tak pulak baby tu selesema.
Mungkin sbb mak dia dah biasakan.
Jadi mak-mak bekerja, carilah pengasuh yang sesuai dengan anda. Yang
boleh ikut masa kerja anda, mampu layan kerenah dan demand anda.
Kalau dah berjanji sekian-sekian sebelum hantar anak tu, tolonglah ikut
perjanjian. Janganlah mungkir janji. Jangan awal-awal je manis mulut,
lepas tu ambil kesempatan.
Kami pengasuh bukan orang gaji anda. Jaga anak awak seorang bukan besar
mana pun bayarannya. Paling tinggi pun RM350 je harga dengan saya dan
bukan senang jaga anak orang.
Kalau nakal, nak marah pun tak berani. Sama-samalah kita saling
memahami. Korang tenang hati nak pergi kerja, kami pun seronok jaga anak
korang.
Maafkan saya kalau ada yang tak suka dengan luahan saya ini. Yang buruk
semuanya datang dari saya dan yang baik datang dari Allah. Terima kasih.
– Kak Liana (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions