Batal Operasi Bazar Ramadan Kalau Gagal Patuhi SOP | Baru hari kedua ramadan kita sudah diwarnai dengan beberapa berita yang agak kurang enak didengar seperti ketidakpatuhan pengunjung mengenai SOP yang telah ditetapkan kerajaan di bazar Ramadan. Oleh itu, Ketua Menteri Melaka telah memberikan amaran kepada semua pihak baik peniaga mahupun pengunjung di seluruh Melaka.
Melaka: Penganjuran bazar Ramadan di negeri akan dibatalkan sekiranya didapati bahawa pihak pengajur tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sualaiman Md Ali memberi amaran susulan dakwaan ketidakpatuhan SOP di bazar Ramadan sehingga mencetuskan kegusaran buat rakyat negeri ini.
Beliau berkata, jika pihak penganjur didapati terus gagal mematuhi SOP selain pengungjung yang terus bersesak sehinggakan tiada penjarakan fizikal maka tindakan yang tegas bakal diambil.
“Kalau masih lagi orang tidak patuhi atau tidak ditambah orang yang menjaga pembeli patuhi SOP, kita tidak teragak-agak mengambil tindakan dan membatalkan sahaja (bazar Ramadan) atau tukar penganjur.
“Saya dimaklumkan ada sampai terlanggar bahu, mungkin hari pertama Ramadan orang nak dapatkan juadah untuk berbuka tetapi pada saya ini tidak baik,”katanya.
Sulaiman berkata, perkara itu juga akan diperhalusi dan dibincangkan pada Mensyuarat Jawatankuasa Covid-19 termasuk bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat.
“Pada mensyuarat itu saya akan arahkan untuk menilai semula mana-mana yang tidak patuhi SOP. Contoh di Kelantan tidak dibenarkan tapi di Melaka saya benarkan kerana sayangkan rakyat terutama golongan peniaga.
“Saya berharap perkara yang sama tidak berulang lagi kalau berlaku juga kita akan adakan sesuatu supaya kes Covid-19 di Melaka tidak meningkat,”katanya.
Sumber: Berita Harian