Belum Sempat Pesan Makanan Lelaki Dicekup JAIPk | Khalifah Media Networks – Belum pun sempat membuat pesanan makanan, seorang lelaki warga emas telah dicekup oleh sekumpulan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di sebuah kedai makan di Teluk Intan semalam.
Teluk Intan: Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, lelaki yang berusia 63 tahun itu baru tiba di kedai makan itu. Semasa pihaknya sedang menjalankan serbuan ketika itu.
Katanya, lelaki tersebut berusaha untuk melarikan diri bersama sekumpulan kaki ponteng puasa yang lain. Namun mereka gagal sebelum berjaya ditangkap oleh pihak JAIPk. Sebaik sahaja penguat kuasa tiba di lokasi serbuan, terdapat beberapa pelanggan yang beragama Islam di dalam kedai itu. Yang kemudiannya bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.
“Seorang lelaki bagaimanapun berjaya ditahan di mana dia memaklumkan baru tiba di kedai dan belum menjamah sebarang makanan,” katanya kepada Kosmo hari ini.
Menurut Mohd Yusop, tiada notis saman yang dikeluarkan untuk lelaki berkenaan. Sebaliknya dia hanya memberi amaran keras agar tidak mengulangi perbuatan yang sama.
Dalam perkembangan sama beliau berkata, menerusi serbuan yang dilakukan di restoran dan premis makanan di pekan Teluk Intan dan Langkap. Pihaknya mendapati masih ramai individu terutama warga emas yang berada dalam kedai makan.
Katanya, golongan itu biasanya akan melarikan diri. Meninggalkan makanan dan minuman yang dipesan mereka di atas meja begitu sahaja. Selepas menyedari kehadiran penguat kuasa.
“Operasi diadakan bermula pukul 8.30 hingga 11.30 pagi dibeberapa restoran mamak dan kedai makan bukan Islam di Teluk Intan dan Langkap,” katanya.
Sumber: Kosmo