Resepi Cara Buat Bubur Ayam Ala Mekdi | Assalamualaikum semua. Hari ni kami nak kongsikan resepi masakan Bubur Ayam Ala Mekdi. Bubur Ayam Mekdi sememangnya menjadi kegilaan korang semua kan? Bila korang rasa tak ada selera nak makan or rasa tak sihat mesti akan teringat Bubur Ayam Mekdi. Dah tak sihat nak keluar pi beli, apa kata buat sendiri di rumah. So hari ini kami nak kongsikan kepada korang cara-cara untuk membuat Bubur Ayam Ala Mekdi daripada khairulaming. Korang boleh buat sendiri jer dekat rumah, okay..
Bahan-bahan Buat Bubur Ayam Ala Mekdi:
- 6 cawan air
- 2 inci halia
- 1 kiub pati ayam
- Ayam
- 1 cawan beras
- Garam
- Daun bawang
- Bawang goreng
- Cili
- Minyak bijan
Cara Memasak Bubur Ayam Ala Mekdi:
- Masukkan 6 cawan air menggunakan periuk nasi. Rebus ayam sehingga empuk . Masukkan sekali dengan 2 inci halia yang telah di potong dan 1 kiub pati ayam.
- Kemudian, toskan ayam yang telah empuk tu tadi. Air rebusan ayam tidak perlu di buang.
- Masukkan beras ke dalam periuk nasi bersama dengan lebihan air rebusan ayam tadi. Pastikan beras basuh bersih ya!
- Masak beras tersebut sehingga kembang.
- Akhir sekali, masukkan sedikit garam dan kacau hingga rata.
- Nak lagi sedap dan nak nampak lagi menarik bubur tu, taburkan daun bawang, bawang goreng ,hirisan cili ,hirisan ayam dan sedikit minyak bijan di atas bubur tersebut.
- Ok da siap guys!!!
Nampak mudah dan simple jer kan cara nak masak Bubur Ayam Ala Mekdi ni. Bubur Ayam Ala Mekdi ini anda semua patut cuba. Yela bukan apa bubur ni bukan sahaja sejenis makanan untuk orang sakit, tapi sesuai untuk korang yg sihat2 juga boleh menikmatinya. Hehehe. Sedap nyum. Lembut di mulut, enak di perut. So, kami pun ada sediakan video untuk korang cara macam mana nak buat resepi daripada khairulaming ni.
Video Masakan:
https://www.instagram.com/p/BvN4sgkA3i0/?igshid=1d393joqki8zo
<
Kredit : Instagram khairulaming