Cekodok Pisang Pasti Nak Lagi | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga hari ini semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Baiklah harini saya nak kongsikan kepada anda semua resepi cara nak buat cucur pisang. Kalau makan petang-petang ni seronok tau sambil beristirehat. Haa tanpa membuang masa marilah kita mulakan resepi cekodok pisang ini.
Bahan-Bahan:
- 1 ikat pisang emas
- 1 cawan tepung, anggaran
- 3-4 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil garam
Cara Penyediaan:
- Kupas kulit pisang dan masukkan ke dalam mangkuk kemudian lenyek pisang sehingga halus.
- Masukkan gula dan garam. Kacau sebati.
- Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau sehingga adunan menjadi pekat. Kalau masih lembik tambah lagi tepung gandum sehingga mendapat kepekatan yang seimbang. Rehatkan adunan selama minimum 15 minit.
- Panaskan minyak supaya betul-betul panas dan kaut adunan cekodok dengan hujung jari dan jatuhkan ke dalam minyak panas. Kemudian perlahankan sedikit api.
- Kacau dan balik-balikkan cekodok pisang dengan kerap supaya bahagian luarnya rangup dan bulat bila masak nanti.
- Bila sudah keperangan, angkat dan toskan di atas kertas tisu.
Tips:
- Tepung harus ditambah sedikit demi sedikit supaya nanti cekodok pisang tidak menjadi terlalu cair atau terlalu keras. Ini adalah kerana sukatan itu bergantung kepada jenis pisang dan berapa banyak kuantiti pisang yang kita masukkan.
- Adunan cekodok pisang harus seimbang kandungan tepung dan pisangnya. Kalau kurang tepung, cekodok akan serap minyak apabila menggoreng. Anda boleh cuba goreng sebiji dahulu sebagai permulaan untuk pastikan adunan cekedok itu menjadi.
Kredit : Resepi Che Nom
Ha macam mana menarik bukan. Cubalah yea