Petaling Jaya – Seorang lelaki warganegara New Zealand mengalami kecederaan tangan kiri dan pinggul dipercayai terjatuh dari tingkat 14 ke tingkat 11 Pusat Dagangan Phileo Damansara 2, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I, Mahadir Sakdon dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.13 petang apabila dimaklumkan seorang lelaki terjatuh dari bangunan tersebut.
“Sebaik tiba di lokasi kami mendapati lelaki lingkungan 36 tahun itu terjatuh kerana dipercayai cuba melarikan diri selepas premisnya diserbu pihak penguatkuasa tempatan.
“Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans untuk rawatan dan tindakan lanjut,” katanya kepada Majoriti.
Pasukan bertindak membawa turun mangsa dengan menggunakan pengusung melalui tangga bangunan dan menyerahkan mangsa yang juga suspek Jabatan Imigresen Malaysia dengan menaiki ambulans untuk tindakan lanjut.
Dalam kejadian berkenaan seramai 11 bersama dua jentera dari BBP Damansara segera dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.
Operasi tamat sepenuhnya kira-kira 7.04 malam.
Sumber ; MO
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Suami Lari Lintang-Pukang, Isteri Mengamuk Serbu Rumah Penyondol
Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita mengamuk dan menyerbu suaminya yang ditangkap menjalinkan hubungan dengan wanita lain di sebuah rumah, lapor laman berita Suara.com.
Berdasarkan rakaman yang dimuat naik dalam akaun Instagram @kamerapengawas.id, seorang wanita mengunjungi sebuah rumah di Nusa Tenggara Timur.
Tidak lama kemudian, seorang lelaki bertopi keledar membuka pintu dan keluar dari rumah tersebut. Lelaki itu dipintas oleh isterinya setelah ditangkap bersama wanita lain.
Tonton Video Terbabit :
Bagaimanapun, wanita itu gagal menghalang suaminya yang sudah siap sedia membawa beg untuk meninggalkan lokasi kejadian.
Akibat berang si suami melarikan diri, wanita itu segera masuk ke rumah tersebut dan membelasah wanita yang disyaki menjalin hubungan dengan suaminya.
Si isteri menarik rambut wanita tersebut sehingga terjatuh ke atas lantai.
Kejadian itu mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen. Rata-rata netizen menyokong tindakan si isteri dan mengecam tindakan suaminya yang lari.
“Ganas sangat sehingga lelaki itu melarikan diri,” komen seorang netizen.
Sumber : KMN