Duit Free? Semuanya Tipu | Pangkat, wanita dan kekayaan. Dari zaman dulu sampai la sekarang, 3 benda ni jadi senjata untuk penipu menipu mangsa. Kalau ada orang datang tawarkan 3 benda ni, halau awal2.

Zaman sekarang lebih kepada umpan duit. Contoh ayat:

1. Melabur serendah RM10, tunggu duit beranak.

2. Kerja dari rumah, pendapatan empat angka.

3. Muat turun aplikasi atau daftarkan maklumat diri di laman sesawang
tertentu dan tonton video untuk dapatkan bayaran.

4. Daftar untuk seminar atau kelas atau bengkel untuk belajar cara2
menjadi kaya melalui saham atau pelaburan yang dianjurkan oleh sifu2.

Ada yang siap declare bahawa mereka bukan MLM atau scam. Nampak macam
terdesak sangat nak bagi orang percaya.

Benda mudah. Macam aku, aku pegang satu prinsip. Manusia, kalau dia
jumpa satu lubuk duit, aku jamin dia takkan kongsi dengan orang lain.
Dia nak dia sorang je kaya.

Ambik contoh qarun. Ditelan bumi bersama harta dia sebab tak nak
keluarkan zakat. Tak nak berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan.

Cukuplah ambik kisah tu sebagai ibrah tentang betapa rakusnya manusia
bila diuji dengan kekayaan. Yang acah2 konon nak bagi duit percuma tanpa
kita perlu mengeluarkan peluh tu semua sembang.

Yang jenis bagi ceramah sana sini pasal pelaburan, mereka sendiri pun
bukan kaya sebab melabur tapi kaya sebab buat kelas merata.

Kalau seorang peserta dia cas RM500 untuk masuk seminar, 100 orang dah
RM50000 untuk satu sesi. Modal air liur je. Macam sorang tu, nama apa entah.

Sekali buat seminar, entah berapa dia dapat. Sembang pum pang pum pang.
Hakikatnya, dia kaya hasil kelas yang dia buat tu, bukan kaya sebab dia
buat benda yang dia duk sembang.

Berpeganglah kepada satu prinsip. takde sape pun yang nak beri kita duit
secara percuma atau secara mudah. Walau benda apa sekalipun yang mereka
duk canang, semestinya sebab benda tu akan menguntungkan mereka lebih
daripada menguntungkan kita.

Memang mereka bukan MLM, bukan scammer tapi modus operandinya sama.
Kesian tengok sebab yang berminat dengan benda macam ni majoriti suri
rumah dan golongan B40.

Kita tertipu bukan sebab kita b***h tapi sebab kita tertarik dengan
‘hasil’ yang konon-kononnya kita akan dapat.

Macam kakak aku sendiri. Dia orang yang terpelajar, cikgu tapi percaya
dengan satu laman web yang kononnya kalau kita daftar akaun dan tonton
video, akan dapat bayaran dalam matawang USD. Siap suruh aku join sekali.

Aku dah lama menyampah dengan benda2 macam ni, tiba2 kakak sendiri pujuk
suruh join. Tak pasal2 aku kena terangkan kat dia tentang risiko dan
betapa menipunya benda2 macam ni.

Bertambah menyampah bila kakak aku kata yang benda ni tak melibatkan
duit dan bukan scam. Cuma perlu tengok video je.

Aku terus tak balas whatsapp dia. Bukan tak nak tolong. Dah cuba
terangkan, tapi dia berkeras kepala jugak. Lantak kau lah.

Macam kes kakak aku tu, memang tak melibatkan wang. Tapi mereka
mempergunakan kita.

Dia bagi link video youtube, dia suruh kita bukak dan tonton video tu
selama paling kurang 5 minit untuk dapatkan reward dalam USD. Dia guna
kita untuk naikkan views.

Makin banyak views, makin banyak bayaran yang dia akan dapat dari
youtube. Kita? Apa yang kita dapat? Takde apa, melainkan buang masa dan
data.

Tapi syukur akhirnya kakak aku tu sedar bila dia ada jumpa video yang
kata benda tu menipu je lebih.

Sekali lagi aku nak ingatkan. Manusia, dia tak nak orang lain kaya
bersama2. Dia nak kaya sorang2 je. Dan kat atas dunia ni, takde orang
yang nak bagi duit percuma kat kita.

Pegang dua benda ni, in sha Allah takkan jadi mangsa scam.

– KB (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

 

Share.

Leave A Reply