Hospital Sik, Kedah Buat Persediaan Jadi Hospital Penuh Urus Pesakit Covid-19

| July 12, 2021 | 0 Comments

Hospital Sik, Kedah Buat Persediaan Jadi Hospital Penuh Urus Pesakit Covid-19 | Kesan teruk serangan virus Covid-19 terhadap seseorang sehingga membawa kepada kematian tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Tambah lagi apabila kes di negara ini semakin hari semakin membimbangkan masyarakat sekeliling.

Hospital Sik, Kedah Buat Persediaan Jadi Hospital Penuh Urus Pesakit Covid-19

Hospital Sik telah menutup sementara perkhidmatannya bagi rawatan pesakit luar di Klinik Pesakit Luar hospital itu bermula hari ini, sebagai persediaan menghadapi pengurusan pesakit Covid-19 dan menjadi hospital penuh Covid-19.

Pengarahnya, Dr Aniza Ahmat, berkata penutupan berkenaan akan menjejaskan rawatan pesakit luar klinik satu, dua dan tiga, manakala Klinik Kencing Manis dan Darah Tinggi bilik lima pula dibuka secara kaunter ekspres sambung ubat.

Bagaimanapun, katanya Klinik Pakar Lawatan dan Cuci Luka masih beroperasi seperti biasa.

“Pemeriksaan kesihatan bagi tujuan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT) hanya akan dilaksanakan secara janji temu sahaja.

“Pesakit yang mempunyai janji temu di Klinik Pesakit Luar dinasihatkan tidak hadir ke hospital sehingga 31 Julai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Aniza berkata, beberapa pegawai akan ditempatkan di Jabatan Kecemasan dan Hadapan Klinik Pesakit Luar bagi tujuan menyusun semula janji temu dan preskripsi baharu bagi pesakit yang sudah kehabisan ubat.

“Bagi kes biasa bukan kategori kecemasan boleh mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan berhampiran dan permohonan ujian Rapid Test Kit (RTK) Covid-19 secara berbayar tidak lagi dilaksanakan.

“Jabatan Kecemasan akan beroperasi seperti biasa termasuk merawat kes yang memerlukan swab,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Tags: , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *