Isteriku Ketua Keluarganya

| July 5, 2020 | 0 Comments

Isteriku Ketua Keluarganya | Assalamualaikum semua. Aku Kliwon. Berusia awal 30an dan sudah berumah tangga. Apa yang akan aku ceritakan ini mungkin juga berlaku pada pasangan lain di luar sana.

Untuk pengetahuan, aku bekerja di sektor awam manakala isteri aku

bekerja di sektor swasta. Pelik kan selalu gigirl je yang luah tapi

sekarang meh boboy pulak nak luah.

 

Cerita dia cenggini haa takde la menarik sangat tapi aku stress. Kalau

rasa tak best sorry la aku just nak luah, aku bukan storyteller yang

baik kihkih.

 

Aku dilahirkan dalam keluarga yang alhamdulillah sederhana dimana kedua

ibu bapa aku bekerja. Tidaklah kaya tapi kami anak-anak tidak pernah

tidak dapat apa yang kami mahu. Takla sampai mintak rumah kan tapi

setakat kereta biasa-biasa.

 

Dan segala keperluan hidup semenjak kecil hingga dewasa kami akan dapat

dengan beberapa syarat seperti cemerlang akademik dan sebagainya. Pendek

kata hidup aku tak pernah merasa kesusahan alhamdulillah sekali lagi.

 

Okay tu bukan point dia. Yang aku nak cerita, selalu orang cakap bila

kahwin rezeki akan datang etc ya aku sangat percaya konsep rezeki. Cuma

semenjak kahwin aku jadi stress bila beristerikan seorang wanita yang

digantung harap oleh keluarganya.

 

Ibunya (Ibu Mertuaku, ecey macam tajuk filem pulak) tidak bekerja dan

semua bergantung kepada pendapatan suaminya (bapa mertua aku).

 

Hidup mereka tidaklah sesenang mana, tapi lifestyle mereka lebih kaya

daripada orang kaya. Yang jadi lubuk duit mereka adalah isteri aku yang

solehah ini.

 

Nak pakai kereta hebat, nak makan mewah-mewah, nak pakai mahal-mahal.

Sebab dah terbiasa isteri aku membelanjakan semua duitnya untuk

kesenangan keluarganya sampai simpanan pun tak ada, aku jadi stress.

 

Bukanlah bermakna aku kahwin dengan dia untuk aku makan hasil titik

peluh dia tapi korang faham tak situasinya?

 

Kami boleh dikatakan baru hendak bermula hidup di alam baru sebagai

suami isteri dan kami akan menjalani hidup yang agak selesa jika

pendapatan kami hanya dikongsi untuk kami.

 

Ya aku faham isteri aku jugak bertanggungjawab untuk memberi duit

bulanan kepada keluarganya begitu juga aku. Tapi kalau dah memberi lebih

daripada kemampuannya sampai berhutang kad kredit semua bagaimana ya?

 

Untuk keluarga aku, aku hanya memberi belanja sekali-sekala ataupun

hadiah sempena hari jadi memandangkan aku juga belum stable dari segi

pendapatan.

 

Aku teringin hendak memberi lebih tapi aku belum mampu (doakan aku

guys). Risau melihat keadaan aku yang belum stable, keluarga aku selalu

bertanyakan tentang kondisi kewangan kami.

 

Malah ayah dan ibu aku akan memberi duit poket tambahan kepada aku

setiap kali berjumpa (sebab dah terbiasa bagi kepada anak-anak dan

mereka gembira dengan tindakan mereka).

 

Aku cuba sama sekali untuk berjimat dan melebihkan isteri aku dalam

segala hal. Satu perkara berbangkit dalam fikiran aku.

 

Kalau keluarga aku sentiasa fikirkan tentang kondisi kewangan kami,

kenapa tidak keluarganya jugak berfikiran begitu?

 

Tidak kasihankah kepada anak mereka dimana mereka tahu pendapatan kami

bagaimana, kenapa perlu disusahkan lagi kehidupan anak mereka untuk

memuaskan nafsu bergaya mereka?

 

Dalam fikiran aku hanya memikirkan yang terbaik untuk kami, keselesaan

kami dan anak-anak kami nanti. Manakala isteri aku pula semuanya tentang

keluarganya. Jika dia tidak memberi, ibu bapanya akan meminta!

 

Itu belum lagi masuk hal bonus isteri aku. Akan ditaburkan duit-duit

yang banyak itu kepada keluarganya, abang-abang, kakak-kakak serta

adik-adiknya. Belanja dapur keluarganya pun ditanggung oleh isteri aku

walaupun tidak tinggal sekali.

 

Padahal adik-beradiknya yang lain tidak pun aku nampak memberi kepada

kedua orang tuanya, maksud aku memberi yang secara berlebih-lebihan.

 

Setiap kali keluar makan bersama keluarganya juga aku stress. Ibu

bapanya selalu buat don’t know masa nak membayar.

 

Sangat berbeza dengan keluarga aku dimana ibu bapa aku sedaya upaya akan

bergegas untuk keluarkan duit dan bayar semuanya kecuali jika diberitahu

awal yang makanan harini akan dibelanja oleh anak-anak.

 

Sampai ke tahap itu ibu dan bapa aku cuba untuk tidak menyusahkan

anak-anak dimana mereka tahu anak-anak mereka baru belajar untuk hidup

dan ada keluarga sendiri.

 

Ibu bapanya juga bukan mahu makan di kedai biasa-biasa. Selera besar,

semua nak yang mahal je. Yang terkontang-kanting membayarnya selepas

makan siapa? Aku dan isteri solehah aku.

 

Malas aku nak cerita bab kahwin beberapa tahun lepas. Habis duit

hantaran yang aku bagi dekat pihak perempuan untuk dibelanja. Aku plan

lebihan duit tu boleh digunakan untuk future kami lepas berumah tangga.

Boleh beli keperluan rumah, melancong dan sebagainya.

 

Keluarga isteri aku tidak keluarkan satu sen pun belanja untuk kenduri

anak perempuan mereka, padahal mereka bukanlah hidup susah, cuma kurang

senang memandangkan hanya bapa mertua aku sahaja yang bekerja.

 

Kenduri yang agak grand itu aku relakan sebab aku kenal isteri aku. Dia

menginginkan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna dan aku cuba sedaya

upaya untuk merealisasikan impiannya.

 

Yela kahwin kan sekali je in shaa Allah. Tapi yang buat aku stress, aku

sedaya upaya untuk mengabulkan impiannya padahal keluarga dia sendiri

tidak ambil bab langsung berkenaan itu.

 

Duit hasil daripada kenduri? Tak payah tanya bab tu semestinya keluarga

dia ambil semuanya dengan alasan hendak membayar itu ini, padahal satu

sen pun tidak dikeluarkan untuk majlis.

 

Pembaca sekalian, apa pandangan anda semua? Jika bertanya, korang tak

discuss ke? Sudah banyak kali kami discuss dan bila aku bagi pandangan

je, isteri aku sentiasa mengangguk tanda setuju tapi at the end, sama ja. Dia akan sentiasa memberi kepada keluarganya.

 

Kadang-kadang akan nampak aku yang kedekut dan cuba untuk kawal duit

isteri aku tapi ketahuilah bahawa apa yang aku buat ni untuk masa depan

kami. Isteri aku juga selalu cakap,

 

‘Abang takpela, keluarga abang dah senang’. It’s not about senang or tak

senang, it’s about common sense.

 

Kalau senang buatlah cara senang, kalau kurang senang tak perlulah hidup

yang terlalu mewah sampai menyusahkan orang lain. Dah tahu anak menantu

baru nak start hidup, common sense is a must ya bro and sis.

 

Satu lagi, jangan anggap aku tidak suka keluarganya. Kami semua

baik-baik sahaja dan mereka melayan aku dengan baik. Cuma aku tidak suka

perasaan tidak ikhlas dalam memberi ini membelenggu kehidupan aku walhal

aku sangat bahagia sekarang.

 

Aku nak memberi apa-apa kepada keluarganya pun aku teragak-agak dan

berfikir beberapa kali sebab aku rasa isteri aku dah beri lebih daripada

yang perlu diberi malah sekali lagi aku ulang, lebih daripada kemampuan

dia sendiri.

 

Pastinya akan ada yang komen kau dah bahagia kan apasal nak merungut

lagi. Ketahuilah, kau takkan rasa kalau kau tidak berada di situasi aku.

 

Terima kasih geng kerana sudi membaca, segala pandangan dan kritikan

membina kalian nanti aku dahulukan dengan ucapan terima kasih. Didoakan

semoga korang tak kena macam mana yang aku kena ya.

 

So as a conclusion, aku merayu sangat kepada mertua-mertua atau ibu bapa

di luar sana, TOLONG TOLONG TOLONG la sangat, jangan susahkan anak

menantu yang baru nak mulakan hidup just untuk memenuhi nafsu masing-masing.

 

Zaman bermewah kalian sudah berlalu, cukup-cukuplah ambil kesempatan.

Ambillah masa sejenak tolong fikir bagaimana struggle anak menantu nak

hidup tambah-tambah pada zaman penuh cabaran ni. Okay guys, peace no war ️

 

Yang Benar,

 

Suami Kepada Isteri Yang Merupakan Ketua Keluarganya.

 

– Kliwon (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

Tags: , ,

Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *