Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Negeri Kelantan Tahun 2021 | Kehadiran Bulan Ramadhan amatlah dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia khususnya di Malaysia kerana keistimewaan bulan ini iaitu terletak padanya kebaikan yang bernilai serta amalan berlipat ganda yang tidak boleh diperoleh pada bulan-bulan selainnya.
Bulan Ramadhan diberi gelaran ‘Syahrun Azim’ iaitu Bulan Yang Agung oleh Allah S.W.T adalah kerana Allah SWT turut mengaggungkan bulan ini iaitu sepertimana firman Allah S.W.T dalam surah AL-Hajj, ayat ke-32 yang bermaksud, “Demikianlah (perintah Allah SWT). Dan barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati.” Allah S.W.T juga turut memerintahkan agar semua hamba-Nya wajib berpuasa kerana ia merupakan antara salah satu dalam lima rukun Islam yang wajib dituruti seluruh umat Islam.
Berikut merupakan lampiran Takwim Berbuka Puasa serta jadual Imsak di Bulan Ramadhan bagi tahun 2021 (Masihi) iaitu bersamaan 1442 (Hijrah). Bagi seluruh kawasan di negeri Kelantan. Diharapkan agar perkongsian Takwim atau Jadual Berbuka Puasa bagi tahun 2021 ini dapat memberikan kemudahan buat warga di sekitarnya untuk membuat semakan waktu bagi sahur serta berbuka dengan lebih tepat, Insya-Allah.
Sebagai makluman kepada orang ramai, lampiran Takwim Waktu Berbuka serta Imsak bagi tahun 2021 (Masihi) bersamaan 1442 (Hijrah) ini adalah rasmi terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kerjasama Jabatan Mufti Negeri Kelantan.
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Zon 1: Jajahan Kota Bharu. Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang, (Daerah Chiku)
Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Zon 2: Jajahan Jeli, Gua Musang (Daerah Galas & Bertam) dan Jajahan Kecil Lojing
Puasa merupakan bulan untuk mendidik umat Islam supaya sentiasa bersabar. Dan tidak mengeluh dengan ujian serta dapat menahan lapar dan dahaga. Sabar merupakan kekuatan jiwa dari segala bentuk kelemahan sama ada spiritual mahupun mental. Orang yang sentiasa bersabar akan sentiasa bersama Allah SWT dan mereka yang bersabar adalah antara golongan yang dijanjikan syurga. Sabda Rasulullah SAW: “Puasa itu setengah kesabaran. Kesabaran itu setengah dari iman.” (HR Tirmidzi, Abu Na’im, dan Abu Mas’ud).
Diharapkan perkongsian ini mampu memberi manfaat kepada seluruh rakyat di negeri Kelantan yang beragama Islam dalam membuat semakan. Terhadap masa yang ideal untuk bersahur iaitu sebelum tibanya waktu Subuh serta berbuka puasa yang tepat pada waktunya.