Kecelaruan Politik. Ini Kenyataan Berani DS Abd Hadi Awang Buat Ramai Setuju

| February 27, 2020 | 0 Comments

Kecelaruan Politik. Ini Kenyataan Berani DS Abd Hadi Awang Buat Ramai Setuju | Ekoran politik yang semakin celaru, hari ini Presiden PAS keluarkan kenyataan berani yang buat ramai setuju. Tak sangka. Baca selanjutnya.

PAS Tuntut Bubar Parlimen Dan Adakan PRU15

Pas bertegas mahu Parlimen dibubarkan dan kuasa memilih kerajaan diserahkan kembali kepada rakyat melalui pilihan raya umum sebagai jalan penyelesaian kemelut politik negara.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu juga tidak lagi menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad kerana Perdana Menteri Interim itu sudah hilang sokongan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO.

“Oleh kerana orang tidak sokong jadi tidak ada makna kita sokong, suara tidak cukup.

“Asalnya kita cadang usul di Parlimen sokong Tun Mahathir tetapi respon tidak positif. Semua termasuk DAP, PKR tidak lagi menyokong, UMNO pun tidak sokong jadi tidak ada makna kita sokong.

“Banyak kecelaruan. Jadi baik serah kepada rakyat (buat PRU),” katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan kuliah dhuha semasa di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Ditanya mengenai dakwaan wujudnya usaha membeli undi ahli parlimen, Ahli Parlimen Marang itu berkata, keadaan itu menguatkan lagi harapan Pas agar pilihanraya umum diadakan.

“Diberitakan begitulah (beli undi), lebih baik serah kepada rakyat. Nak beli, beli rakyatlah (PRU) jangan beli wakil rakyat, bubar parlimen.

“Kita bersedia PRU bila-bila masa,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *