Kucing

| August 3, 2020 | 0 Comments

Kucing | Hai, aku bukanlah seorang yang pandai dalam mengarang dan menyusun ayat, jadi tulisan ku ini tidaklah seperti yang seindah korang biasa baca. Aku berusia diawal dua puluhan, dan sedang menuntut di ipta timur tanah air. Keluarga ku besar, adik beradik lebih 10 dan ibuku adalah ibu tunggal.

Masalah ku bila covid melanda dan hingga kini aku berada di rumah. Yes
Home Sweet Home! tapi tidak untuk aku. Aku lagi senang berada di asrama
walaupon dipenuhi dengan esaimen dan berdikari hendaknya.

Aku anak bongsu, kakak-kakak dan abang-abang aku ramai yang dah
berkahwin dan tinggal di rumah sendiri tinggal la mak, abang, dan 2
orang kakak di rumah. Masalah bermula bila kakak aku yang sorang tu suka
kucing.

Tak salah yer akak-akak suka kucing, dapat pahala tau. Tapi kucing tu
membiak daripada sekor beranak tambah 4 beranak lagi-lagi-lagi-lagi
anggaran sekarang dah 20. Fuhhh subur betul kucing aku ni.

Btw sekarang 2 ekor ibu kucing tengah mengandung mungkin lepas raya haji
ni dapatla 30 ekor kucing umah aku.

Asal usul kucing.

Kucing kat umah aku ni pada awalnya kakak aku tu bawak balik sekor. Tu
pon dah lebih kurang 5 tahun lepas. Aku suka la sebab aku pon boleh
main-main dengan kucing tu kan.

Pastu keturunan dia ada yang mari sakit, excident, hilang pon ada jugak.
Tapi keturunan dia tak pernah habis macam sumpahan pulak rasanya.

So apa masalahnya kucing ramai?

Akak-akak selain manusia, haiwan pon melakukan sistem perkumbuhan. Haa
yang busuk-busuk bau taik kucing tu.

Okay, kucing makan nasi jugak kenapa kotornya. Tak semua orang boleh
hidup dengan aman bau taik kucing ni. Kucing kakak aku ni yang kecik² tu
suka berak merata.

Antara tempat fav bawah dapur fuhh pagi² kalah bau nasi lemak harum dia
tu. Selain kalau baju atas lantai haa tu port baik dia nak berak.

Tapi yang aku hairan kalau aku tak tutup pintu bilik aku je akan ada
secotet kuning cair atas karpet bundle aku tu. Sedih tau tak, aku dahla
suka color kuning. And setiap kali aku marah aku jugak yang salah sebab
tak tutup pintu, tak bagi kerjasama katanya.

Port untuk kucing² besar sikit diorang ni suka berak dalam toilet.
Acah-acah manusia la tu nak berak toilet bagai tapinya dia akan berak
dalam kolah lama kat toilet tu.

Dan mungkin susah kot nak basuh kakak aku ni letak sabun je dekat atas
supaya hilang bau kalau korang tengok kolah tu memang seram mungkin
korang boleh kurus sebab hilang selera makan.

Kenapa tak ajar kucing berak kat pasir?

Rumah aku ni rumah kampung lama tu agak luas la. Setiap kali aku balik
bercuti di kampung keluar je kereta fuhhh merencik bau dia.

Tapi lama-lama duk sini lali dah (sebab tu kot kakak aku tak kisah bau
busuk tu). Okay kakak aku kata lah ni setiap kali marah kucing dia berak
dalam rumah

“Hello i dah ajar okay anak-anak i berak kat luar, tapi biasalah kucing”.
(kakak i cakap melayu sebenarnya, ni yang ubah nampak menarik sikit mcm
sinetron gituhh).

Hmm maknanya i tak tau lah nak cakap apa dah. Laman rumah aku tu dah
serupa tandas kucing. Kalau keluar malam2 jaga-jagalah ada yang
mengekori, hehe. Masuk kereta je ya Allah seharum kasturi.

Orang kata malam2 jangan tegur tapi tu lah takkan nak bawak mall bau tu
kan hmm. Pastu hari tu aku pernah terdengar jiran aku borak2 ngan mak
aku dekat beranda rumah aku “bau busuknya rumah kamu ni Yam blablabla….”

Okay geng aku kesian kat mak aku. Malu weh kalau jiran cakap macam tu.
Kami ni berjiran lama dah sejak aku dalam perut lagi dah berjiran. Hmm
sedih pulak rasanya, mak aku pon macam tu lah terkesima.

Kucing Jantan.

Ni kalau korang bele kucing korang pasti tahu apabila besarnya kucing
dan boleh mengawan maka tak tertahanlah nafsunya untuk pancut merata.

Ni lagii aku bengang aku tak pasti kenapa tapi kucing tu dia jalan-jalan
and boleh berhenti semata-mata nak kencing hoiiii dalam rumah tu, atas
baju aku, atas plastik, depan pintu, atas meja makan pon pernahhhh.

Okay mesti akan kata kasi (betul ke term ni) je lah kucing tu kasi
potong je.

Tapi mahal kakak aku belajar tak habis lagi segala makan pakai kat umah
ni pon kakak aku yang lain² tanggung. And semestinya kami bukan orang
yang kaya yang boleh hulur 50 untuk kasi kucing gitu je. Dan bukan
seekor yer kucing yang jenis memancut ni banyak.

Jiran.

Hidup kejiranan ni macam ni lah aku ingat kan korang jangan selfish beli
je takpe. Kucing² ni mungkin tak cukup makan dekat rumah jadi dia selalu
la nak mencuri rumah jiran. Pastu yang jantan malaya tu duk kencing kat
kasut, motor jiran aku.

Malu weh aku pergi umah dia anak dia duk cari pelindung kusyen moto
takut kucing aku naik. Aku tak pergi dah umah dia lepastu.

Pastu jiran aku yang lain ada bela ayam, dia mari report kat mak aku
kucing tu makan anak ayam dia. Ni bukan fitnah memang ada bukti kukuh
atas pertuduhan ni, ayma kat umah aku pon dia selalu makan.

Bukan sekali geng jiran akh report banyak kali, sampai dia kata kalau
takbak buang biar dia yang buangkan pon takpe. Sian jiran aku dah la
warga emas dah, ayam yang dikasihi dimakan kucing pula.

Pastu setelah mak aku membebel tambah aku sekali membebel maka
dikurungnya kakak aku kucing itu seekor, tapi sekarang kucing lain pulak
yang duk makan nak ayam. Macam takkan habis kisah ayam dan kucing ni.

Rumah bersepah.

Aku ni pemalas. Aku bukannya rajin sangat bab-bab membersih tapi aku pon
tak suka kotor. Aku cuba buat routine sapu rumah, pinggan dan jemur kain
hari².

Setiap kali aku bersih rumah aku akan stress. Sebab macam main harta
karun pulak tetiba tersapu taik kucing bawah meja, eh baju nak basah
pulak kene kencing kucing rupanya. Baju yang baru angkat satu bakul.

Fuhh wangi kene sembur di kucing. Lebih-lebih lagi aku nak final exam ni
aku tak sempat nak kemas rumah semua. Ataupon mungkin aku yang pemalas
sebenarnya.

Kenapa korang semua tak jaga kebersihan masing-masing, aku stress! Taik
kucing tu memang aku tak pernah basuh, geli, tapi sebenarnya aku nak
kakak aku penat and give up dengan kucing-kucing ni.

Setiap kali nak raya or adik-beradik nak berkumpul pasti gaduh sebab nak
kene kemas rumah yang taik dimana-mana ni.

Akak-akak aku yang balik tu pasti nak perli² rumah kotor tu pon setelah
aku berhempas pulas tangan aku yang cantik untuk membersihkan
sebersih-bersihnya rumah.

Cuba kalau aku biar mcam hari² biasa mahu pengsan semua. Akak ni rumah
kampung setara mana awak nak dia bersih macam hotel 5 bintang? Tapi tak
salahkan diorang dah 3 orang anak dara duduk rumah kan kenapa takleh bersih?

Dah tu je luahan aku yang penat bersih kan rumaha untuk raya haji entah
la susah nak ungap tapi doakan kakak aku sihat cepat supaya dia dapat
jaga kucing dia dengan baik, duit banyak nanti dia boleh kasi and buat
reban untuk kucing.

(Sebenarnya dah ada mak aku upah orang buatkan tapi dia tak letak pon
kucing 1001 alasan dia bagi sian duit mak aku dahla kami bukan orang
dewasa).

Aku sebenarnya zalim ngan kucing setiap kali aku tengok dia mengandung
aku akan doakn dia tak selamat bersalin Allahu jahat pulak rasanya tapi….

Korang mesti kata easy pizzy je masalah aku ni yer.. Easy tapi aku
takleh elak. 5 tahun mak aku hirup bau taik kucing aku baru 5 bulan dah
stress.

Mak aku selalu membebel mungkin dia stress tapi dia lemah untuk melawan
dan menegakkan kebersihan dalam rumah ni.

Sekian dari saya jagalah kebersihan diri anda terlebih dahulu
insyaaAllah stay save everyone!

– Muezza (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Tags: , , ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *