Makan Mi Goreng, 42 Pelajar Keracunan Makanan | Seramai 42 pelajar Sekolah Menengah Agama Tasek Junjong, di sini, keracunan makanan selepas menikmati mi goreng dan air perisa coklat di kantin sekolah berkenaan, pagi tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.15 pagi berhubung insiden itu.

Katanya, sebaik tiba ke lokasi mendapati 42 pelajar terdiri 30 perempuan dan 12 lelaki mengalami simptom muntah dan cirit-birit disyaki keracunan makanan.

“Anggota kemudian membantu menghantar mangsa menggunakan dua ambulans secara berperingkat.

“Semua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk rawatan pada jam 12.09 tengah hari,” katanya.

Menurutnya, semua mangsa yang menerima rawatan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sumber : HMetro

Share.

Leave A Reply