Malaysia Dipilih Mewakili Pasifik Barat Sebagai Ahli Lembaga Eksekutif WHO | Malaysia sekali lagi dipilih menjadi Lembaga Eksekutif (EB)  bagi mewakili Negara Anggota Rantau Pasifik Barat bagi tempoh 2021-2024 setelah diumumkan WHO, baru-baru ini.

Malaysia Dipilih Mewakili Pasifik Barat Sebagai Ahli Lembaga Eksekutif WHO

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan bahawa ia sudah 3 kali Malaysia menjadi Anggota Lembaga Eksekutif WHO memandangkan ia dapat membantu untuk menyokong pelan kesihatan di peringkat global.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi beliau, peluang yang diberikan justeru akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mempromosikan pembedahan yang selamat dan berpatutan di rantau ini sekaligus menyokong sama pelan yang dirangka Pengarah Pasifik Barat, Dr Takeshi Kasai untuk menjadikan rantau yang paling sihat dan selamat di dunia.

Pemilihan Malaysia sebagai Lembaga Eksekutif (EB) telah diumumkan semasa Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-74 yang menutup tirai pada Isnin, baru-baru ini.

Sewaktu perhimpunan tersebut dijalankan secara maya, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyampaikan ucapan sebaris pemimpin lain dari Australia, Azerbaijan, Bhutan, Korea dan Afghanistan.

Ketua Pengarah Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam ucapan penutup meyuarakan ketika mana agensi PBB itu sedang diperkuatkan, hubungan antara negara anggota juga perlu diperkasakan lagi.

Dr Hisham turut meluahkan agar pandemik ini dapat diselesaikan bersama and membendung pandemik seterusnya dengan memastikan dunia semakin sihat, selamat dan adil oleh seluruh dunia.

Malaysia difahamkan sedang  komited bersama negara lain untuk melawan pandemik ini dan akan menggandakan usaha mencapai imuniti berkelompok melalui program vaksinasi.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply