Mengenal Apa Itu Quinoa

| June 15, 2020 | 0 Comments

Mengenal Apa Itu Quinoa | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Anda pernah tahu atau pernah nampak tak quinoa. Min awal-awal dulu tak kenal pun apa itu quinoa sehingga kawan min perkenalkan min dengan quinoa ni. Tapi min rasa, orang yang tengah menjaga badan tentu dah biasa dengan quinoa ni.

Rupanya quinoa ini sangat berkhasiat. Ia seiring dengan gaya hidup sihat, pengeluaran makanan yang sihat banyak dikeluarkan.

Apa itu Quinoa?

Quinoa adalah makanan ruji kaum kuno Inca di Amerika Selatan. Ia adalah sejenis biji jenis chenopodium dari pokok quinoa. Ia dikategorikan sebagai pseudo bijirin kerana pokoknya bukan dari jenis lalang seperti padi, gandum atau barli tapi dari jenis tumbuhan yang menyerupai pokok bayam.

Quinoa sangat dihargai kerana nilai  kandungan proteinnya sangat tinggi(12% -18%). Tidak seperti gandum atau beras (yang rendah lisin), dan seperti gandum, quinoa mengandungi kumpulan asid amino yang seimbang yang sangat penting untuk manusia, menjadikannya sebagai sumber protein yang luar biasa lengkap antara makanan nabati (makanan dari tumbuhan). Quinoa merupakan sumber yang kaya dengan serat,  zat fosforus, zat magnesium dan zat besi. Quinoa tidak mengandungi gluten dan ia  mudah dicerna.

Quinoa adalah biji-bijian yang berasal dari tanaman Chenopodium quinoa. Tanaman ini sudah ada sejak kurang lebih 5000 tahun yang lalu. Tanaman ini adalah tanaman asli daerah region Andean Peru,  Ekuador, Bolivia, dan Kolombia. Saat ini negara penghasil utama quinoa di dunia adalah Peru, Bolivia, dan Amerika Serikat (Colorado dan Nevada). Kultivasi quinoa juga sudah mulai banyak dikembangkan di negara lain seperti Belanda, Italia, Inggris, Swedia, Denmark, Prancis, Kenya, daerah Himalaya, dan utara India. Ada beberapa tipe quinoa, ada yang berwarna putih/gading, merah/ungu, atau cokelat/hitam. Quinoa yang beredar di Indonesia biasanya quinoa putih dan merah.

Cara Penyediaan Quinoa

Quinoa mentah mengandungi saponin pada kulitnya dan ini memberikannya rasa sedikit pahit apabila dimakan. Kandungan saponin ini dapat menghindarkan quinoa dari dimakan burung semasa peringkat penanaman. Quinoa mempunyai tekstur dan rasa yang ringan, ia mengembang saat dimasak, menjadikannya sesuai sebagai alternatif untuk beras putih atau couscous.

Langkah pertama dalam mempersiapkan quinoa adalah membuang saponin. Saponin kelihatan seperti buih sabun apabila terkena air.  Proses ini memerlukan biji quinoa direndam dalam air selama beberapa jam dan membilasnya dengan air lalu yang cukup dalam penapis halus atau dalam kain katun tipis sehingga buihnya hilang. Pembuangan  saponin membantu pencernaan, sifat sabun sebatian membuatnya bertindak sebagai ubat cuci perut. Kebanyakan  quinoa yang dipakejkan telah pra-dibilas untuk kemudahan kita.

Kaedah memasak quinoa adalah sama seperti memasak nasi, iaitu menggunakan sukatan dua cawan air mendidih untuk satu cawan quinoa. Quinoa perlu dididihkan pada suhu rendah dan dimasak selama 14-18 minit atau hingga kulit terpisah dari biji seperti ekor yang sangat halus. Quinoa yang sudah dimasak kelihatan seperti ikal kecil. Sebagai alternatif, kita boleh juga menggunakan rice cooker untuk memasak quinoa, sebagaimana memasak  nasi putih.

Kesimpulan

Quinoa adalah makanan yang mempunyai banyak nutrisi. Ia boleh digunakan sebagai pelengkap produk makanan-makanan lain.

 

Sumber: Mak Long’s Kitchen

 

Tags: , , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *