Covid-19: KKM Kesan Kluster Rumah Penjagaan Warga Emas

| June 15, 2020 | 0 Comments

Covid-19: KKM Kesan Kluster Rumah Penjagaan Warga Emas | Kementerian Kesihatan mengesahkan satu kluster baharu dikenal pasti sebagai kluster rumah penjagaan warga emas di Kuala Selangor yang sudah menjangkiti tiga individu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dua kes dikenal pasti pada 17 Mei lalu hasil saringan pusat penjagaan warga emas.

Sehingga kini, katanya, seramai 12 kakitangan dan 26 penghuni rumah berkenaan sudah disaring dan semua kakitangan serta 24 penghuninya mendapat keputusan negatif.

“Setelah hampir sebulan, kes ketiga didapati positif COVID-19 daripada saringan dalam kalangan pesakit Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) dan kini dimasukkan ke Hospital Tanjung Karang pada 13 Jun lalu,” katanya dalam sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

Sumber : BH

Tags: , , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *