Kuih Lapis Lembut dan Mudah Dibuat

| June 15, 2020 | 0 Comments

Kuih Lapis Lembut dan Mudah Dibuat| Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera ya. Kita sama-sama jaga kesihatan. Okay baiklah hari ini saya nak sharekan satu resepi kuih muih. Ha, resepi yang saya nak sharekan kepada anda semua adalah resepi kuih lapis. Orang kata susah nak buat lah renyah la semua ada. Jangan risau sebenarnya mudah je nak buat. Kena ikut step by step bagi elok. Jadi kuih lapis anda tak akan rosak dan cantik je kalau potong tau. Tanpa membuang masa lagi marilah kita sama-sama membuat kek lapis ini.

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
¾ cawan gula
4 cawan santan
Secubit garam
Pewarna merah
Sedikit minyak

Cara membuat:

1. Mula-mula sapu sedikit minyak di atas plastik dan letakkan di dalam loyang supaya adunan tidak melekat. Kemudian panaskan loyang tersebut di dalam periuk pengukus

2. Sementara itu, masukkan santan, gula dan garam ke dalam periuk. Masak seketika sehingga gula larut.

3. Setelah itu, campurkan tepung beras, tepung gandum dan tepung jagung di dalam mangkuk bersama campuran santan dan gula yang telah larut tadi. Kacau sehingga sebati.

4. Selepas itu, tapis adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian. Letakkan salah satu adunan dengan pewarna merah dan kacau sebati

5. Tuangkan adunan berwarna putih ke dalam loyang dan kukus sehingga masak. Setelah masak, tuangkan adunan berwarna merah ke atasnya dan kukus lagi sehingga masak. Lakukan step yang sama berselang seli antara putih dan merah sehingga semua adunan habis selapis demi selapis.

6. Setelah siap angkat dan sejukkan sebentar sebelum dipotong. Kek lapis sedia untuk dihidang.

Kredit : resepi iCookAsian

Haa, macam mana? mudah tak? Kalau kita selalu buat insyaAllah semuanya menjadi mudah okay? Selamat mencuba ya

Tags: , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *