Moral Mak Leha: Mak Ayah Jangan Terlalu Mengatur Hidup Anak

| August 5, 2020 | 0 Comments

Moral Mak Leha: Mak Ayah Jangan Terlalu Mengatur Hidup Anak | Assalamualaikum. Coretan ini agak panjang, sesuai untuk mereka yang bakal menjadi mertua atau sudah jadi mertua. 7 hari Mencintaiku adalah drama. Tapi watak tentang Mak Leha, Kuzairi sebagai anak lelaki dan Mia menantu memanggil saya menulis.

Tidaklah sama ceritanya tapi focus pointnya disini adalah seorang ibu
Mak Leha dan dua watak taraf anak iaitu Kuzairi & Mia.

Saya kira ramai yang menghadapi masalah sama perkahwinan di uji dengan
pael Mak. Jadi inilah objektif saya menulis disini.

Wahai ibu, kasih ibu dibawa m4ti kerap kita dengar, akan berbuat apa
sahaja dan menyayangi si anak biarpun sanggup bergadai nyawa. Seperti
nyawa di hujung tanduk melahirkan anak. Kita sebagai ibu sanggup untuk
nyawa anak yang kita kendong 9 bulan.

Saya ibu diberi peluang melahirkan anak secara normal 5 kali. 5 kali
bertarung nyawa dan sakitnya masih ada biar anak sulung sudah cecah 17
tahun.

Penat setiap hari menguruskan anak anak dan berkerja, tidur tak cukup,
korban masa dan tenaga untuk anak anak. Semua kita sanggup buat bukan
demi kasih pada anak.

Tapi .. apabila anak anak cukup masa, untuk membina hidup dengan
jodohnya yang telah tertulis di Lauh Manfuz. Tiba tiba si ibu yang benar
benar sayangkan kini cuba ‘membvnvh’ jiwa si anak. Kerana apa?

Kerana kasih terlalu pada anak, kita lupa anak sudah dimiliki hati oleh
orang baru, maka kita cuba berebut tempat dan tidak mahu mengalah.

Anak tetap anak. Itu kita rasa, egonya kita sebagai ibu, menggunakan
taraf kita yang biasanya anak anak akan rasa alah dan lemah.

Kita mengatur hidup anak tanpa sedar, kononnya untuk kebahagiaan anak
tapi kita lupa pasangan anak kita bukanlah anak kita yang kita didik
dari kecil, anak orang yang latarbelakang dan didikan tak sama.

Bila tak sama maka disinilah akan muncullah konflik. Kita melihat anak
menantu seteru kita kerana berlainan warna dan cara dengan kita.

Wahai Ibu sedarkah kita semua telah membvnvh jiwa anak anak yang kita
kata sayang, membuat anak tidak selesa dengan cara kita, teguran kita,
jelingan kita, tutur kata dan kelakuan kita.

Kadang kala kita tak bercakap, kita protes, si anak rasa serba salah
terpaksa memujuk kita dalam waktu sama pasangan nya pula makan hati,

Kerana kadang kala si ibu berlebih lebih seolah olah menuntut hak yang
anaknya dia punya tapi beri peluang si anak berbakti dan tunai
tanggungjawap pada keluarga sendiri.

Semuanya sebab taraf Mak bukan? Kejamnya kita pada anak sendiri.

Menantu adalah pilihan anak. Bukan pilihan kita tapi pilihan anak. Dah
tentu ia jodoh yang Tuhan dah tetapkan. Jika ia sumber kebahagiaan anak
kenapa kita nak masuk campur kita tak suka kerana bukan selera atau
pilihan kita.

Mak Leha berlebih lebih sayangkan anak hingga sampai peringkat cuba
menafikan kebahagiaan anaknya Kuzairi dan Mia. Masih buat perangai cuba
menukar jodoh anak dan mencari kesalahan menantu tak habis habis.

Seharusnya sebagai orang tua kita menjadi contoh pada anak dan cucu dan
sentiasa doakan kebahagiaan anak biarpun pilihan anak bukan selera kita
tapi doalah moga ia pilihan yang baik pada si anak.

Dari berperangai macam puaka menjadi onar memecah belahkan keluarga anak
sendiri. Kuzairi begitu suffer dek sikap si ibu, terpaksa menekan hati
kerana taraf IBU dalam masa perlu menjalankan tanggungjawap kepada anak
& isteri.

Mia menantu sedang mengandung pula ters3ksa jiwa. Oh kenapa si ibu yang
kata sayang kan anak telah berlaku segala yang terbaik untuk anak dari
kecil tegar merosakkan jiwa anak.

Menantu itu adalah nyawa anak kita. Sama juga seperti kita dengan
pasangan kita. Ia adalah nyawa kita. Kita juga pernah menjadi menantu orang.

Kenapa bila turn anak kita seolah olah tidak pernah berpengalaman
menjadi isteri/ suami orang atau anak menantu orang lain.

Sama juga kita juga ingin rasa diterima oleh keluarga mertua kita kan?
Dan hidup bahagia tanpa gangguan dari mertua kita. Kenapa bila turn anak
mengharungi perkara sama kitalah kejam pada anak & menantu.

Kasihani lah anak anak mu, yang ingin mencari kebahagian hidup dengan
pasangannya wahai ibu. Tegarkan kita membiarkan kehidupan perkahwinan
anak penuh serabut dan air mata.

Jangan terlalu menuntut hak sebagai IBU untuk anak mendapat label dan
pengiktirafan sebagai anak soleh. Jika terlalu menuntut hak, jika anak
gagal penuhi maka anak yang akan berdosa, tanpa kita sedar dosa itu kita
yang cipta untuk di hadiahkan pada anak.

Kita sebagai orang tua hanya berdoa dan menegur dengan cara memberi
pendapat bukannya menekankan syor supaya diterima bulat bulat. Biarkan
anak dengan pasangannya menjalani kehidupan dengan tenang.

Selagi mereka tidak melanggar syara’ lepaskan mereka untuk berdikari dan
menentukan hidup sendiri, duduk sekali atau tidak biar sahaja mereka
buat keputusan. Bukan memaksa dan menyebut yebut sehingga si anak berasa
sakit telinga dan terpaksa buat.

Kita bakal menjadi orang tua, duduk sahaja tenang tenang, cari sebanyak
mungkin amal sebagai bekalan dan beranak menantu bukannya dah muda
sangat, sedar sedarlah anak telah ambil alih zaman kita muda maka
logiklah kita berkelakuan cara orang tua yang sepatutnya.

Dalam drama 7 hari MencintaiMu. Mak Leha bukan sayang anak dengan
berkelakuan begitu. Ibu yang benar benar sayang dan kasih pada anak
adalah ibu yang sanggup korbankan nyawa untuk kebahagiaan anak anak.

Watak Kuzairi bukanlah anak yang derhaka, masih tunai tanggungjawapnya
pada si ibu dalam masa sama untuk anak dan isteri.

Kenapa seorang ibu perlu menganggu kehidupan anak semata ingin memenuhi
citarasa, standard dan kehendak hati. Kita kah yang berkahwin atau
mereka anak kita?

Menantu anak orang sudah pasti tidak akan selari dengan cara kita bukan
kita yang melahirkan dan membesarkannya. Terimalah kekurangan nya kerana
anak kita juga ada kekurangan juga.

Dalam rumahtangga, anak anak lebih mengenal pasangan masing masing yang
tidur sebantal, kita sebagai ibu bukan semua tahu.

Jangan terlalu menuntut hak kita besarkan anak untuk anak tebus semula
kesusahan kita dengan cara diktator kita mengarah mengatur susun
kehidupan keduanya. Biarkan mereka menjalani kehidupan sendiri. Doa
sahaja banyak banyak.

Perkara ini juga terjadi dalam kehidupan perkahwinan saya dengan suami
yang mencecah 18 tahun.

Apabila suami cuba berusaha menjadi anak yang taat akhirnya banyak
terpaksa mengikut kehendak mak ayah yang kadang kala menyusahkan kami
berdua di belakang mereka.

Demi menjaga hati, kami terpaksa berdiam dan menanggung sendiri.
Betullah kata pepatah, nak menelan m4ti mak, meluah m4ti ayah. Serba
salah jadinya.

Akibatnya kami berdua kadang kala berkonflik saya banyak memendam rasa.
Meskipun perwatakan suami saling tidak ubah seperti Kuzairi, kami berdua
sebenarnya jarang bermasalah sesama sendiri jika ada pun banyak datang
dari keluarga belah suami.

Kehidupan kami banyak diatur kononnya untuk beri kami lebih berjaya dan
bahagia tapi sebenarnya merosakkan kehidupan anak sendiri.

Apabila saya mula bersuara menentang, mulalah kita dibuat seteru.
Wujudlah sebal dalam hati seperti Mak Leha & Mia.

Hingga satu tahap, saya rasa hampir meroyan, tekanan yang melampau dan
ada masa saya rasa hati kering dan ingin memulangkan suami kepada ibunya
kerana penat untuk berebut kasih. Biarlah si ibu memegang anak lelakinya
selamanya.

Anak anak saya semakin membesar melihat keadaan dan anak anak juga mula
rasa kurang selamat dalam radius keluarga ini. Kami menjauhkan diri.
Menjadi ibarat orang asing dalam keluarga sendiri.

Saya sering menangis dan bertahan kerana kesiankan suami, kerana saya
tahu dia juga tersempit. Suami banyak beralah apabila saya beremosi
kerana sedar berkahwin dengannya saya mengharungi banyak tekanan dari
belah keluarganya.

Keluarga belah saya tidak pernah meminta, tidak masuk campur urusan kami
suami isteri dan suami diterima sangat baik.

Kisah ini, mengajar saya, yang punya anak lelaki dan perempuan,

Saya selalu pesan pada anak anak terutamanya lelaki, belajar sungguh
sungguh, jadi orang yang berjaya supaya apabila kamu hendak tunaikan
tanggungjawap keduanya tidaklah menjadi beban dan mengecilkan hati pasangan.

Saya mengingatkan anak lelaki agar menjaga hati isteri kerana disitulah
akan terbetik rasa bahagia. Saya bagi amaran pada anak lelaki jika
membuat aniaya menantu saya suatu hari nanti, saya tidak mahu memandang
mukanya.

Gulp! muka anak lelaki saya berubah. Biarlah saya sebut perkara ini dari
awal agar dia membesar menjadi lelaki bertanggungjawap.

Manakala anak perempuan saya ajar agar bersiap sedia dengan kemampuan
diri dan tidak berharap semata pada suami. Kerana tidak tahu jodohnya
dan mertuanya macamana.

Anak perempuan saya ingatkan keperluan ada rumah sendiri apa setahun dua
telah kerja. Biar kecil asal rumah sendiri.

Apapun saya berhabis duit & tenaga untuk bantu anak dari sekarang
melalui pendidikan & tanggungjawap. Saya ingatkan pada anak lelaki yang
dia akan memikul tanggungjawap besar pada mak ayah & isteri maka
belajarlah bersungguh sungguh.

Saya & suami bercita cita untuk menyiapkan rumah anak anak kerana saya
takut anak anak saya melalui fasa seperti saya. Ini kasih kami pada
anak, saya tidak mahu membebankan sebaliknya ingin membantu mereka bahagia.

Saya pula semakin meniti usia tua, sebelum kudrat semakin kurang, saya
cuba mempersiapkan diri dari segi persiapan tua kewangan dan lain lain
agar tidaklah kita menjadi beban kepada anak.

Kita tidak mahu kegagalan kita waktu muda menguruskan hidup membuat anak
anak terpaksa memikul beban menanggung keperluan kita sedangkan mereka
juga punyai keluarga.

Maksud saya jika sekadar huluran wang sebagai hadiah setiap bulan 100,
200 pada kita orang tua tidak kisah, ini jika anak perlu menanggung
semuanya rumah, kereta, belanja rumah sedangkan mereka juga punya
komitmen keluarga. Itulah bibit bibit menganiaya kehidupan anak.

Mertua lelaki saya sebelum ini anak orang senang, mak ayah banyak
menanggung sifatnya bawa hingga berkahwin, banyak berjoli, mendambakan
hiburan zaman muda hingga gagal menunaikan nafkah pada isteri dengan baik.

Akhirnya bila umur sudah tua, masih belum ada rumah. Rumah pernah dibeli
dijual kerana berhutang sana sini, akhirnya apabila anak sudah berkerja,
dan berkahwin dijolok dipaksa anak belikan rumah untuknya.

Katanya akan bayar. 6 bulan nama suami sudah blacklisted, kerana mertua
gagal bayar. Macamana nak bayar kerja pun tidak. Akhirnya, kami
menanggung beban 30 tahun dengan komitmen sendiri.

Bayangkan kami punya rumah tapi kami hidup menyewa 10 tahun. Baru
setahun dua diberi izin merasa rumah sendiri. Rumah kedua hasil titik
peluh kami. Rumah pertama atas nama suami, saya bantu bayarkan
memikirkan suami tidak mampu tanpa saya membantu.

Tapi itupun mertua sentiasa rasa insecure seperti saya ingin merebutnya.
Gaji kami ibarat satu akaun bank, tiada istilah wang kau wang aku.

Kami berkerja bagai nak rak untuk mencukupkan keluarga dan komitmen
rumah mertua. Belum lagi kereta dan meminta minta wang dari anak itu
ini. Seperti anak ini mesin atm.

Sebelum ini suami juga pernah diminta buat pinjaman bank 4 juta oleh
mertua. Itulah kononnya untuk settlekan rumah sekaligus buat modal
berniaga yang hanya mimpi Mat Jenin. Nasib bank tolak mentah mentah,
kalaulah tak kami menjadi hamba hutang sampai m4ti.

Semuanya datang dari perangai cuba mengatur hidup anak anak, kerana rasa
kita ada hak sebagai ibu ataupun ayah.

Apa yang menjadi persoalan saya, kenapa seorang mak ayah yang katanya
sanggup m4ti demi anak tapi memperlakukan anak lebih teruk apabila anak
telah berkahwin.

Benarkan kita sayangkan anak? Atau hanya sekadar melahirkan anak untuk
anak membayar balik apa telah kita korbankan untuk anak.

Saya sentiasa berdoa agar saya mampu menjadi ibu dan mertua yang baik
suatu hari nanti. Tidak menyusahkan anak, menjadi punca anak susah
ataupun memberi tekanan pada anak dan keluarganya.

Saya sebut pada anak anak bila kamu dah kahwin, biarkan mama hidup rumah
ini sendiri tak perlu susah susah untuk mama, jaga keluarga kamu baik baik.

Mama boleh hidup sendiri dan tak kan mama masuk campur hal kamu laki
bini. Jika perlu nasihat boleh cuma pandai pandailah kamu hidup berkeluarga.

Kita tidak mahu kita sebagai ibu atau ayah menjadi punca rumahtangga
anak anak berantakan.

– Sarah (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Tags: , , , , , ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *