Membawa Diri Dari Adik-Beradik | Assalamualaikum admin.Terima kasih kalau sudi menyiarkan cerita saya. Kalau tak siarkan pun, takpe lah. Yang penting saya luahkan jugak.

Saya mempunyai 9 adik beradik.. mempunyai abang, kakak, adik lelaki dan
perempuan.. keluarga kami keluarga B40.. kesembilan adik beradik telah
bekeluarga dan mempunyai anak-anak.. tapi semua dikalangan B40 juga..

Cerita ini lebih ke arah kakak saya.. Dia telah berkahwin dan mempunyai
4 orang anak.. Di dalam lingkungan 9 bulan hingga ke 7 tahun..

Kakak saya ni ikut pandangan saya dia tidak matang walaupon telah
berumur pertengahan 30.. Walaupon telah mempunyai 4 orang anak.. Suami
muda 10 tahun.. Selalu nya orang akan kata lelaki lambat matang..

Ya betul.. Memang tak matang dan perkahwinan mereka memang bermasalah..
Keja on off.. Isteri pon sama masa muda kerja on off..

Tapi nak melawa atau melaram pandai pula.. Tapi tidak mahu berusaha..
Dengan dua-dua tiada pendapatan tetap.. Suami kerja on off.. Apelah nak
diberi anak-anak makan pakai tempat tinggal..

Selama perkawinan mereka, kalau tak tinggal di rumah mertua, rumah ibu
bapa saya.. Kalau bergaduh dengan mertua, balik rumah ibu ayah saya..
Kalau bergaduh dengan ibu ayah saya, balik rumah mertua.. Macam tu lah
kehidupan anak beranak..

Diorang juga kerap bergaduh sampai ditinggalkan macam tu saja.. Yang si
ayah nak jaga anak no 2 saja, yang lagi 3 orang ank tak dipedulikan
makan minum pakai mereka..

Yang pelik nya, walaupun suami berperangai begitu dari awal perkahwinan
keluar juga anak sampai 4.. Bila bergaduh dengan suami, ibu ayah saya
yang menanggung segala makan pakai mereka..

Ayah saya pencen, ibu surirumah.. Tidak lupa juga anak-anak tidak dibawa
untuk vaksin sedangkan vaksin itu percuma.. Kesian anak2 tu..

Maaf la cerita ni panjang sedikit.. Bila kehidupan kakak terumbang
ambing begitu, mula la si kakak nak cari kerja.. Anak-anak ditinggalkan
pada ibu ayah saya yang warga emas..

Warga emas tu umur 60 tahun ke atas ye.. Jadi bayangkan lah orang tua
yang kudrat tinggal seberapa nak menjaga anak-anak 4 orang tu.. Anak no
2 kadang-kadang ayah dia hantar semula sebab terbiar jugak dekat rumah
mertua dia..

Dah ayah nya tak bekerja.. Biawak hidup saja.. Kakak saya dari muda
memang bermasalah sosial sedikit.. Bergaduh dengan orang tua tu sudah lali..

Kemuncak nya selepas berkahwin, lagi teruk perangai nya.. Sehingga
sanggup ber aku kau dengan ibu saya.. Dan telah pon menggunakan
kekerasan kepada ibu..

Malangnya masa kejadian itu, tiada siapa dirumah.. Bila dinasihatkan
untuk berubah ke arah kebaikkan iaitu suruh suami nya bekerja, atau
bercerai, mulakan kehidupan baru, dimarahnya kita balik..

Konon membezakan keluarga dia mentang2 dia miskin, suami pmr saja..
Kakak saya ni terkenal ye dengan drama queen dan cerita putar belit..

Sudah lali kalau dia mencanangkan cerita dengan orang lain bahawa dia
dibuang keluarga..

Tapi walaupon begitu kehidupan dia, kami sekeluarga masih membantu dia
dari segi kewangan dan macam2.. Tidak pernah membuang dia daripada
keluarga.. Anggap seperti tiada apa yang berlaku.. Tapi masih juga tiada
perubahan dari kakak..

Saya boleh dikatakan baran juga, tapi dalam hati masih fikirkan dia
adalah darah daging saya.. Mana sanggup saya lihat dia anak beranak
merempat.. Tapi saya tak sanggup juga dia perhambakan kedua ibu bapa saya..

Kakak saya ibarat peribahasa melepaskan anjing tersepit.. Bila ditolong,
stabil semula (suami isteri berbaik) mula lah kita diludah, digigit dan
dimaki bila beri nasihat.. Kesian ibu yang terima makian- makian dia..

Sedangkan ibu itu lah yang menjaga dia berpantang, menjaga anak-anak
dia.. Ayah pula diam membatu.. Menangkan anak sahaja.. Mesti tertanya
abang-abang dimana..

Ya.. Abang-abang pon begitu.. Seorang dua saja yang bersuara tapi bukan
yang sulung mahupon angah.. Semua diam membatu.. Konon nak dengar cerita
dua belah pihak..

Saya dari bujang sehingga berkahwin memang duduk bersama ibu dan ayah..
Jadi saya nampak dan tahu apa yang berlaku.. Saya lah yang mendengar
rungutan ibu bahawa dia kepenatan menjaga cucu dan karenah kakak..

Saya banyak kali suarakan masalah kakak, tapi sampai sudah tiada yang
bersuara.. Yang diharapkan untuk bersuara, diam membatu.. Bergaduh
bertumbuk dengan dia memang ada kerana saya geram dengan sikap kurang
ajar dia..

Dalam masa berlalu tu adalah juga pasang surut perasaan geram tu.. Bila
tengok kesusahan dia, saya tolong juga.. Ibu ayah ade sebuah rumah yang
disewakan.. Sebagai pendapatan bualan mereka..

Saya memaksa ibu untuk biar kakak duduk di rumah itu supaya dia
berdikari, tak perlu berpindah randah dan yang penting tidak menyusahkan
ibu ayah..

Biarlah dia duduk disana laki bini anak beranak dengan selesa. Ade ruang
privasi, ada bilik tidur dan kehidupan sendiri.. Sebab kakak pernah
menadu pada ibu, suami nya tidak suka duduk di rumah ibu ayah kerana
ramai dan tiada privasi..

Tapi tak nak pula bekerja dan menyewa rumah.. Ibu setuju dan berbincang
dgn kakak.. Kakak bersikap tarik tali..

Yelah, kalau hidup sendiri terpaksa la berdikari kan.. Takdelah orang
nak tanggung dia 1 keluarga.. Panas tak sampai ke petang.. Kakak buat
hal lagi dengan suami dia.. Bergaduh dan ditinggalkan lagi..

Kemuncaknya kemarahan saya, saya tak tahan melihat sikap kurang ajar dia
pada ibu hanya kerana ibu menasihati dia, saya halau dia keluar dan
duduk di rumah yang ibu berikan.. Dia keluar dari rumah..

Tapi sama juga, masih menyusahkan ibu ayah.. Tahu- tahu sajalah mana ada
ibu ayah sanggup lihat cucu- cucu kesusahan.. Turut kan juga
kadang-kadang kehendak dia..

Semasa PKP, dia dapat bantuan BPN.. Berjoli sakan dia.. Saya yang
bekerja berjawatan pon berfikir 10x berkaitan harga untuk beli barang-
barang peribadi, sedangkan dia yang hidup melarat dapat bantuan BPN semata.

Tiada pendapatan bulanan selamba aja beli pencuci muka cetaphil tu..
Ulang alik kedai RM2.10 jangan cerita lahhh.. Kemudian tempoh PKPP dia
berhasrat untuk bekerja.. Anak-anak mahu dihantar ke rumah ibu bapa..

Saya memang tidak bersetuju.. Kerana ibu dah tak larat menjaga cucu yang
ramai.. Ini adalah masa ibu nak berehat.. Tapi lain pula dengan ayah,
konon sanggup menjaga cucu..

Saya suarakan pada adik beradik mohon tindakan berkaitan situasi kakak
saya.. Saya hanya minta dia bekerja dari rumah.. Meniaga on9 dan lain-
lain kerana ada masa sendiri, dapat jaga anak- anak sendiri..

Tapi tiada jawapan.. Kemudian kami mendapat berita kem4tian nenek.. Ibu
terpaksa pulang ke kampung.. Tinggal ayah dan saya serta anak saya dirumah..

Walaupon begitu, kakak masih teruskan niat untuk bekerja kerana risau
tiada duit untuk perbelanjaan persekolahan seorang anaknya..
Ditinggalkan pada ayah untuk menjaga cucu..

Saya terlampau geram, dan suarakan lagi pada adik beradik.. Masih juga
tiada tindakan dan jawapan.. Hanya 3 orang abang yang balas dan adik
saja yang respon.. Itu pon seorang masih ade yang membela dia..

Kedua abang yang tertinggi diam seribu bahasa… saya terlampau geram,
memaki kakak di group whatsapp keluarga dan kemudian left semua group
keluarga..

Kemudian dapat screenshot dari adik tertulis abang yang paling tertinggi
pangkat nya menyalahkan saya.. Ayat nya lebih kurang berbunyi,

“Kalau tak mahu menolong, jangan mengahasut.. Orang tu (kakak saya) tak
bekerja salah, bekerja pon salah.”.. Adik juga merasa marah kerana
selama beberapa hari saya bersuara, bila dah left group baru dia muncul..

Baru nak bersuara dan yang penting sekali membela kakak.. Bukannya
membela ibu.. Sedangkan sudah diterangkan kudrat mereka tak larat dah
dan apa perbuatan kakak kepada ibu bysebelum ni tak boleh diterima..

Kemudian di group adik beradik, dikatakan saya tidak profesional kerana
left group, tak berdepan dengan masalah.. Tidak boleh terima pendapat
orang lain.. Tak nak membantu adik beradik yang kesusahan..

Sedangkan sebelum ini, saya yang memaksa ibu untuk berikan rumahnya pada
kakak untuk sementara sehingga dia mampu menyewa, belikan telefon 2nd
untuk kakak supaya senang dihubungi, tanggung makan minum semasa duduk
dirumah ibu ayah..

Tapi apa saya dapat daripada abang yang sulung.. Kena tuduh sebagai
penghasut..

Sekarang, saya dah block mereka di socmed, whatsapp, telefon dan
lain-lain lagi kerana terSANGAT kecil hati kecewa sebab kata-kata
mereka.. Sedangkan niat saya hanya mahu membela ibu ayah saja..

Saya juga mempunyai niat untuk berpindah dari rumah ibu ayah.. Tidak
mahu berjumpa dengan abang2 yang pada saya tak berguna.. Dan kakak masih
perhambakan ayah saya sehingga ke hari saya hantar confession ini..

Ibu akan balik pada hujung minggu selepas selesai upacara tahlil
dikampung.. Dan ibu lah pula akan mengambil alih penjagaan cucu.. Ayah
akan lepas tangan sebab dia pon tak sihat sangat.. Ada darah tinggi dan
kencing manis..

Abang-abang yang diam seribu bahasa, diam sehingga ke sudah membiarkan
ibu ayah menjadi hamba.. Langsung tiada yang bela..

Maaf kerana cerita yang panjang ini.. Saya hanya meluahkan kegeraman
saya di sini..

Terima kasih..

– Mentari (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Share.

Leave A Reply