Peguam Negara Baharu. Ini Permintaan Keluarga Arwah Adib Buat Ramai SETUJU.

| March 8, 2020 | 0 Comments

Peguam Negara Baharu. Ini Permintaan Keluarga Arwah Adib Buat Ramai SETUJU. | Setelah Peguam Negara yang baharu dilantik, ini permintaan terkini dari keluarga arwah Adib pada peguam negara. Baca selanjutnya..

Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menyandarkan harapan kepada Peguam Negara baharu, Tan Sri Idrus Harun bagi mencari kebenaran di sebalik kematian Allahyarham hampir dua tahun lalu.

Bapa arwah, Mohd Kassim Abdul Hamid, 65, berkata, mereka masih menunggu tindakan seterusnya, namun masih belum nampak sebarang perkembangan selepas Mahkamah Koroner memutuskan punca kematian arwah adalah akibat perbuatan jenayah pada 27 September tahun lalu.

Mohd Kassim memberitahu, dia mahu melihat pelaku yang menjadi punca kematian Allahyarham anaknya segera dihadapkan ke muka pengadilan.

“Jangan buat seperti lepas, apabila dah tukar kerajaan dan Peguam Negara baharu ini, biarlah ada jalan baharu juga untuk keadilan (buat Allahyarham Muhammad Adib).

“Kami masih menunggu apa tindakan seterusnya selepas Mahkamah Koroner memutuskan kematian arwah disebabkan perbuatan jenayah,” katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah, dekat sini.

Mohd Kassim berkata, mereka sekeluarga tidak akan tenteram selagi pelaku yang menjadi punca kepada kematian arwah tidak ditangkap.

Jelasnya, beliau juga yakin bahawa rakyat di negara ini juga mahu pelaku tersebut menerima hukuman setimpal selain mahu mengetahui kebenaran di sebalik peristiwa berkenaan.

“Rakyat Malaysia tahu perkembangan kes ini (setakat mana), saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu terutama peguam yang memberikan perkhidmatan percuma kepada keluarga saya,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Mohd Kassim berkata, beliau difahamkan peguam keluarganya sedang membawa kes saman terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa ini.

“Surat pemberitahuan mengenai perkara itu sampai tiga hari lalu. Saya mengharapkan kes ini akan dapat berjalan lancar,” katanya.

Pada 27 November 2018, Muhammad Adib parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Bagaimanapun, selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).

Sumber : Sinar Harian

Tags: , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *