Surat Dari Muhyiddin. Ini Respon Balas Tun M Yang Tak Disangka.

| March 8, 2020 | 0 Comments

Surat Dari Muhyiddin. Ini Respon Balas Tun M Yang Tak Disangka. | TUN Dr Mahathir Mohamad menganggap tiada keperluan untuknya bertemu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyelesaikan pertikaian politik antara mereka.

Bekas Perdana Menteri itu mengakui ada menerima surat daripada Muhyiddin meminta pertemuan diadakan dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, beliau terpaksa menolak kerana sudah bertemu Perdana Menteri itu termasuk menjelaskan pendiriannya, sebelum ini.

Katanya, beliau juga mempertimbang bertemu Muhyiddin jika pemimpin yang dikaitkan dengan kegiatan penyelewengan dikeluarkan terlebih dahulu daripada gabungan parti politik yang membentuk kerajaan ketika ini.

“Dia ada utus (surat) nak jumpa saya. Saya dah jumpa dia dahulu dan terang pendirian saya yang tak berubah. Saya janji tak akan kerjasama dengan Umno, Muhyiddin pun dalam klip video janji tak akan bekerjasama dengan Umno.

“Tetapi sekarang dia terima Umno sebagai parti terbesar dalam kerajaan dia… parti dia enam orang (Ahli Parlimen) sahaja, Umno 51 orang (Ahli Parlimen).

“(Disebabkan itu) Saya tak tengok apa sebab saya nak jumpa (Muhyiddin) melainkan dia sanggup buang orang itu (Ahli Parlimen Umno) semua, maka saya boleh timbang untuk jumpa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Cawangan Kedawang di Langkawi, hari ini.

Terdahulu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan meminta Dr Mahathir berdamai dengan Muhyiddin selepas timbul desakan dalam kalangan ahli Bersatu supaya mereka kembali mengukuhkan parti.

Mengulas mengenai desakan ahli Bersatu agar beliau berdamai, Dr Mahathir berkata, ia sukar dilakukan kerana masih memegang prinsip enggan bekerjasama bersama pemimpin yang didakwa di mahkamah.

“Saya tidak boleh berdamai dengan orang yang dituduh di mahkamah kerana mencuri berbilion ringgit.

“Saya kata ahli Umno (boleh) masuk Bersatu0, saya sedia terima dengan syarat mereka tinggalkan Umno dan masuk secara diri sendiri.

“Tetapi Muhyiddin kata dia sanggup bekerjasama dengan orang yang dituduh mencuri. Itu saya tak boleh terima,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Tags: , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *