Pekerja Myanmar Ditemui Maut, Gantung Diri Depan Pintu Kilang | Seorang pekerja kilang warganegara Myanmar ditemui maut akibat menggantung diri di hadapan pintu masuk sebuah kilang memproses barangan terpakai di Jalan Desa Idaman 1/7, Taman Desa Idaman, malam semalam.

Pekerja Myanmar Ditemui Maut, Gantung Diri Depan Pintu Kilang

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai, Pegawai Bomba Kanan II, Abd. Malik Abd. Rahman berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung perkara itu pada pukul 9.57 malam.

Jelas beliau, sehubungan itu seramai sembilan anggota beserta dua buah jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati mangsa dipercayai seorang lelaki warganegara Myanmar dan berusia 25 tahun telah bertindak menggantung dirinya di hadapan pintu masuk kilang berkenaan.

“Kejadian itu disedari majikannya yang kemudian bertindak menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas lanjut, anggota bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk menurunkan mangsa dengan memotong tali sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply