Penambahan PPS Untuk Kelancaran Pusat Pengundian | Jika bencana banjir melanda dalam tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) yang bermula 5 November ini hingga hari pengundian pada 19 November, mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dijangka akan bertambah.

PPS ditambah untuk kelancaran pusat pengundian

Datuk Khirudin Drahman, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata tindakan itu antara pelan kontigensi akan dilaksanakan bagi PPS yang turut dijadikan pusat mengundi.

Beliau berkata, langkah itu perlu berikutan lokasi pusat mengundi yang sudah diwartakan sukar diubah kerana ia membabitkan daftar pengundi yang sudah ditetapkan.

Selepas Majlis Persaraan 2022 bagi anggota JBPM Sarawak, Beliau juga berkata PPS mangsa banjir akan dipindahkan ke tempat lain bagi memastikan kelancaran proses pengundian.

Sementara ini, sebanyak 126 pusat mengundi sudah diwartakan seluruh Sarawak turut disenaraikan antara PPS mangsa banjir.

Datuk Khirudin juga berkata, penambahan PPS pernah dilakukan ketika banjir melanda dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 dan 2021.

Pada masa itu, lebih 400 PPS diwartakan di Sarawak, namun dalam keadaan PKP, kesesakan perlu dielakkan justeru mereka menambah jumlah PPS sehingga mencecah lebih 600.

Seterusnya, beliau juga bertambah bahawa tidak mustahil penambahan PPS itu boleh dilakukan ketika musim pilihan raya ini.

Datuk Khirudin berkata, pihaknya akan mengadakan latihan simulasi pada hujung bulan ini sebagai langkah persediaan menghadapi kemungkinan banjir khususnya pada hari pengundian.

Beliau berkatalLatihan simulasi itu membabitkan 1,590 pegawai dan anggota JBPM Sarawak dilaksanakan bagi menyelaras semua balai dengan pangkalan hadapan operasi di Kuching, Sibu dan Miri.

Selain itu, beliau juga menyata, JBPM juga sedang mempertimbangkan untuk menambah syif kerja pegawai daripada 12 jam kepada 24 jam jika keadaan memerlukan.

Dengan akhir kata, beliau menyata, malah cuti semua pegawai dan anggota dibekukan dalam tempoh penamaan calon hingga hari pengundian dan mereka juga akan menggerakkan 51 pasukan Bomba Sukarela serta Bomba Komuniti di seluruh Sarawak bagi menambah kekuatan anggota sedia ada.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply