Penerima Vaksin Bakal Terima Insentif Tiket Sukan, Minuman Keras Dan Jagaan Anak Percuma Di AS | Kerajaan Amerika Syarikat dilaporkan sedang mengambil inisiatif dengan menyediakan pelbagai pakej ransangan seperti tiket sukan, minuman keras dan jagaan anak percuma supaya dapat menjadi galakkan kepada masyarakat di negara terbabit untuk menjadi penerima vaksin Covid-19.

Penerima Vaksin Bakal Terima Insentif Tiket Sukan, Minuman Keras Dan Jagaan Anak Percuma Di AS

Menurut Presiden Joe Biden, beliau mengumumkan bulan untuk bertindak’ atau ‘month of action‘ kepada rakyat Amerika supaya dapat menggesa mereka untuk mengambil vaksin sbelum tiba musim panas yang dijangka pada 4 Julai ini.

Biden menjelaskan bahawa Amerika kini dilaporkan telah menghampiri sasaran dalam program vaksinasi kebangsaan negara terbabit selepas dikatakan sekurang-kurangnya 70 peratus populasi telah mendapatkan vaksin sebelum menjelang hari kebangsaan negara itu.

Hal ini amat penting agar rakyat Amerika dapat menikmati kehidupan seperti sediakala secepat mungkin menjelang musim panas yang bakal tiba tidak lama lagi.

Amerika kini difahamkan bakal meningkatkan program vaksinasi agar segera dapat menikmati kebebasan dan kegembiraan ketika musim panas ini, di mana orang ramai boleh berkumpul tanpa risau.

Jelas Biden, musim panas kali ini akan dipenuhi dengan kebebasan, keseronokan, penyatuan dan perayaan selepas mereka mereka menempuhi  musim sejuk yang panjang dan ‘gelap’ sebelum ini.

Tambahnya lagi, Amerika telah menunjukkan perkembangan yang baik setakat ini, namun jika ada segelintirnya masih tidak divaksin, maka orang tersebut masih berisiko terkena penyakit atau terkorban, atau berpotensi menyebarkan jangkitan kepada orang lain.

Sementara itu, Johns Hopkins University telah mendedahkan bahawa data melibat negara Amerika kekal sebagai negara paling teruk terjejas akibat jangkitan baharu COVID-19 namun dikatakan ia menjadi negara kedua selepas China di mana penduduknya paling ramai sudah divaksin.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply