Pengalaman Hidup Susah | Aku Tiha (bukan nama sebenar ). Awal 40an. Sudah berkahwin 4 orang anak. Punya seorang suami yang baik. Aku sebelum ni hanyalah silent reader dalam wadah ni. Tapi teringin jugak nak berkongsi sekadar iktibar. Syulur andai tulisan aku ini
disiarkan. Mudah mudahan sedikit sebanyak boleh jadi renungan bersama.

Aku ingin berkongsi kisah hidupku yang sangat susah masa kecil apa lagi
selepas kem4tian emak ketika aku berumur 12 tahun.

Aku ada 7 saudara 2 perempuan 5 lelaki. Sulung perempuan berkahwin
ketika berumur 16 tahun kerana paksaan ayah. Emak masih ada masa tu. Aku
anak ke 4.

Emak meninggal selepas sakit hanya sebulan. Sakit yang tak diketahui.
Aku yang jaga mak walaupun aku baru berumur 12 tahun. Darjah 6. Balik
sekolah aku uruskan mak mandi dan makan. Masak ikut kemampuan budak 12
tahun.

Pasti semua hairan kan. Mana ayahku abangku kakakku. Abang ke2 merantau
langsung tak balik. Abang ke-3 bantu la sikit2 kakak ikut suami tinggal
jauh di negeri utara.

Ayah siang malamnya lebih banyak tidur. Adik semua kecil kecil lagi.
Ayahku agak pemalas sebab tu kami susah. Hanya harapkan kudrat mak yang
tak seberapa.

Mak tak pernah rehat. Sentiasa mencari jalan untuk isi perut anak2.
Akhirnya mak tewas. Dan aku jadi macam anak ayam hilang ibu. Tapi demi
adik2 yang masih kecil aku kuatkan semangat.

Selepas mak meninggal kami semakin susah. Pernah tak makan nasi 3 hari.
Saudara mara pun tak peduli kerana kemalasan ayah. Akhirnya aku yang
berhutang beras dengan jiran jiran. Malu pun aku tebalkan je muka demi
adik adik kecilku yang kelaparan.

Urusan persekolahan juga jadi kucar kacir. Bahkan adikku yang paling
kecil umur 1 tahun diserahkan oleh nenek kepada saudara jauh semasa aku
di sekolah masa di bawah jagaan ayah.

Bila aku balik adik takde. Aku jadi kelam kabut. Ayah mengunci mulut.
Pura2 tidur. Selepas aku meraung sebab tak jumpa adik barulah ayah
beritahu itupun tanpa rupa bersalah.

Aku jatuh sakit demam, merindu. Kata orang tak sangka nak hidup tapi
Allah panjangkan umurku. Aku bangun teruskan hidup. Pagi ke sekolah.
Balik urusan rumah dan petang ke sawah. Adikku 2 orang lagi aku jaga
sebaiknya.

Belanja persekolahan pon boleh dikatakan cari sendiri. Untungnya aku
pandai cari peluang. Musim menuai aku ambil upah potong padi musim
menanam aku ambil upah kemas sawah dan tanam padi.

Musim menunggu padi berbuah dan masak aku cari ikan dan jual. Mungkin
darah mak yang mengalir dalam tubuhku buat aku jadi kuat.

Aku memang jarang mengadap buku sebab rutin hidupku yabg terlalu
memenatkan. Tapi aku boleh dikategorikan budak bijak.

Setiap kali peperiksaan aku selakunya tempat terbaik atau kedua terbaik.
Sekolah rendah dan sekolah menengah. Mak bangga dengan aku semasa hidupnya.

Tapi aku cuma mampu setakat tingkatan 6. Itupun sebab aku banyak dapat
bantuan persekolahan sebab kecemerlangan aku.

Nak masuk universiti aku tak mampu. Lagipun siapa yang jaga adik2 ku.
Kami dipulaukan saudara mara kerana kami susah. Tapi kami berusaha untuk
tidak menyusahkan sesiapa.

Ketika umurku 29 tahun ayah meninggal. Tinggallah kami adik beradik di
rumah buruk ayah. Aku sering berdoa agarallah permudahkan rezekiku.

Akhirnya aku dapat jawatan sebagai penjawat awam. Tentu saja bukan
pegawai untuk cuma kelulusan STPM. Tapi cukup untuk membawa sinar dalam
hidup kami.

Aku ditempatkan di kampungku. Berulang alik dengan bas merah je. Makan
setiap hari bawa bekal. Sabtu ahad aku cari apa saja yang boleh buat
stok untuk lauk.

Ikan kampung hidup aku kurung dan seawal 5 pagi aku dah bangun masak
untuk bekal dan untuk adikku nanti bila diorang balik dari sekolah.

Adik bongsu ku mencari kami semula selepas tahu dia anak angkat dan kami
bertangis tangisan kerana terlalu gembira.

Ketika umurku 24 tahun aku bertemu jodoh dengan suamiku orang kampung
bersebelahan dan bekerja satu jabatan denganku. Untungnya suamiku tidak
menghalang hidupku macam biasa dengan adik adikku.

Waktu ini abang ke-3 ku juga telah berkahwin dan telah pindah kekuar
dari kampung. Dan akulah yang tinggal di rumah pusaka kami. Tapi dia
tetap membantu menyara persekolahan adik2 ku

Sekarang semua dah dewasa. Dah berkeluarga. Saudara mara pun dah buka
mata. Mulut pun dah manis. Tapi aku tak pernah berdendam. Sesungguhnya
kesusahan buatkan aku kuat dan tak mudah goyah bila diuji.

Sekarang aku melihat ramai saudara maraku yang diuji dengan ujian
rumahtangga bercerai berai sebab tak tahan hidup tak berduit ketana
meteka tak pernah hidup susah.

Alhamdulillah aku masih teguh bersama suami dan ahli keluargaku. Semoga
terus pelihara kami.

Hidupku macam drama kan. Tapi itulah realitinya. Buat pembaca semua
kesusahan itu adalah medan ujian yang menguatkan kita. Ia akan
mematangkan kita. Sesungguhnya Allah tak akan menguji kita di kuar
kemampuan kita.

Terima kasih kerana sudi membaca.

– Tiha (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Share.

Leave A Reply