“Perempuan Mana Pernah Salah”, Ini Punca Pemandu Proton X70 Dikecam Ramai | Sejak negara beralih ke fasa endemik, boleh dikatakan hampir setiap hari trafik pada ketika ini boleh dikatakan amat sesak akibat banyak kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas lebih lama daripada sebelum ini.
Baru-baru ini seorang penunggang motosikal telah berkongsi satu rakaman video di mana ada sebuah Proton X70 memotong barisan dengan menggunakan lorong susur keluar sebelum masuk semula ke lorong tengah.
Pada awal video tersebut, penunggang wanita itu berselisih dengan Proton X70 ada dihadapannya yang masuk ke dalam lorong kiri, lorong susur keluar untuk menghala ke Pekan Dengkil.
Bagaimanapun, apabila penunggang motosikal itu mahu meneruskan perjalanan terus ke hadapan, tiba-tiba Proton X70 terbabit cuba masuk semula ke lorong tengah secara terburu-buru dan mengejut.
Penunggang motosikal itu segera membunyikan hon sebagai tanda peringatan kepada pemandu SUV terbabit untuk memperlahankan kenderaan kerana tindakannya boleh menyebabkan mereka berdua bergesel dan berlaku kemalangan.
“Ingatkan dah kena hon, dia nak slow down. Sekali dia boleh buat keras dekat situ juga,” kata penunggang motosikal itu.
Menurutnya lagi, apabila dia melalui bersebelahan dengan Proton X70 itu, rupa-rupanya pemandu SUV itu seorang wanita. Terus dia berasa geli hati teringat kata-kata yang sering diucapkan netizen; “Perempuan mana pernah salah, perempuan sentiasa betul”.
@orangemisaki Bila masing² tak menyabar. Mcm dia sorg je nak cepat . Org lain elok je beratur masa jem . Video 1 : Sanggup keluar lane asal , masuk lane susur kiri terus ke depan dan tiba² nk merging ke kanan . Dah hon ingt nk slow down.. dia buat keras kt ctu gak .. Ingtkn driver lelaki , laa sama jantina dgn saya rupenya 🤣🤣🤣 Betul org ckp , perempuan sentiasa betul . Jalan warna merah pn dia bantai lalu . Betul la tu 🤣🤣Video 2 : 4×4 lalu laluan motor . Sabar je laaa… #insta360onex2 #selfish ♬ original sound – orangemisaki
Hantaran video itu telah mendapat pelbagai komen daripada pengguna TikTok lain. Majoriti menyatakan laluan tersebut memang berlaku kesesakan ekoran ramai menyalahgunakan lorong susur keluar untuk memotong barisan.
Lantaran kesalahan yang dilakukan pemandu wanita itu terakam, orang ramai mahu pihak berkuasa mengambil tindakan supaya ia menjadi tauladan kepada wanita terbabit.
Pada masa sama boleh menjadi pengajaran kepada pengguna jalan raya lain supaya tidak melakukan kesalahan undang-undang jalan raya dengan menggunakan lorong susur keluar untuk memotong barisan.
SUMBER : The Vocket