Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Perkara Yang Sepatutnya Dilakukan Kepada Sajat dan Golongan Sepertinya. Ini komen Mufti. | Khalifah Media Network – GEORGETOWN – Golongan agamawan termasuk pihak berkuasa agama Islam tidak sewajarnya memandang hina kepada usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat dan golongan sepertinya.

Perkara Yang Sepatutnya Dilakukan Kepada Sajat dan Golongan Sepertinya. Ini komen Mufti.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sebaliknya pihak berkenaan perlu bersimpati dengan golongan itu dan cuba membantu membimbing serta menasihati mereka semampu yang boleh.

Menurutnya, adalah menjadi kewajipan kita sebagai orang Islam untuk membantu rakan seagama sekiranya mereka tersasar daripada landasan hidup.

“Pada pandangan saya, semua umat Islam termasuk golongan agamawan dan pihak berkuasa agama Islam tidak sepatutnya memandang hina terhadap Muhammad Sajjad atau golongan sepertinya.

“Mereka mungkin sukar menerima nasihat kerana sudah terbiasa berada di jalan yang salah. Namun inilah kewajipan kita untuk membantu sesama Islam.

“Pengalaman mengajar kita bahawa sekeras mana hati seseorang itu, namun jika selalu dinasihati secara jujur. Ianya dengan izin ALLAH SWT, hati yang keras tidak mustahil akan kembali lunak. Malah bersedia menerima nasihat demi kebaikan diri sendiri,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Dr Wan Salim berkata, daripada perspektif Islam, tiada manusia yang bersih daripada dosa dan tiada manusia yang tidak melakukan kesalahan kecuali para rasul dan nabi.

“ALLAH SWT mengetahui manusia adalah makhluk yang lemah dan sentiasa terdedah kepada dosa. Oleh itu, ALLAH Maha Pengasih dan Maha Penyayang sentiasa membuka pintu taubat kepada hamba-hamba-Nya. HambaNya yang ingin membersihkan diri dan kembali ke jalan yang diredai-Nya.

“Cuma perbezaannya, ada manusia yang cepat insaf, lantas kembali ke pangkal jalan setelah menyedari dirinya tersasar daripada syariat yang ditetapkan dalam agama. Sebaliknya, ada pula yang berdegil dan terus berlarutan di dalam dosa dan maksiat,” katanya.

Kenyataan Lain Dr Wan Salim

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan Muhammad Sajjad atau Nur Sajat supaya menginsafi bahawa dia tersalah memilih gaya hidup yang menyimpang daripada syariat ALLAH dan hukum tabii.

“Dia memilih untuk terus berada di dalam khayalan dan kepura-puraan. Sepatutnya, dia akur dengan ketetapan Ilahi yang mencipta dirinya sebagai seorang lelaki, bukan perempuan dan bukan khunsa. Masalah jantina bukan pilihan kita tetapi ketetapan ALLAH SWT Yang Maha Mengetahui dan Bijaksana.

“Oleh itu, setiap manusia perlu akur dan menerima apa yang ditetapkan Tuhan untuk diri masing-masing. Bertindak berlawanan dengan hukum syariat dan hukum tabii hanya akan membinasakan diri sendiri,” katanya.

Katanya, Muhammad Sajad tidak akan menghadapi kesusahan seperti yang dialaminya sekarang. Malah tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk lari ke luar negara jika menyerah diri kepada pihak berkuasa.

“Di Malaysia, ramai lagi lelaki yang memilih untuk berwatakan dan berlagak seperti wanita, namun tidak menghadapi masalah seperti yang dihadapi Muhammad Sajjad. Jika dia menyerah diri kepada pihak berkuasa, dia hanya perlu membayar denda yang tidak seberapa.

“Dia juga mungkin dikehendaki mengikuti kaunseling yang boleh memberi manfaat kepada dirinya untuk insaf dan kembali ke pangkal jalan dalam menjalani kehidupan sebagai individu yang normal,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Muhammad Sajjad, 36, telah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.

Penahanan Muhammad Sajjad dilakukan pihak berkuasa negara gajah putih itu. Selepas mendapat maklumat mengenai keberadaan usahawan kosmetik di Bangkok, Thailand daripada pihak berkuasa Malaysia.

Dia ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply