Petua Supaya Ikan Bilis Goreng Kekal Rangup | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sebelum ni, bila goreng ikan bilis je kerangupan dia tu tak tahan lama. Walaupun dah disimpan di dalam bekas kedap udara tetap jugak liat dan lemau bila gigitnya. Kali ni anda jangan risau lagi, selepas ikut petua yang min kongsikan ini, min yakin ikan bilis goreng anda tak lagi cepat lemau.

Ikan Bilis

Berikut merupakan petua yang anda boleh ikuti:

1. Tos atau Sangai Selepas Basuh

Selalu juga orang keliru sama ada nak basuh dulu ikan bilis atau tak. Kadangkala ada yang bagi tips tak payah basuh supaya garing. Tapi ada yang tak lalu nak makan kalau ia tak dibasuh dulu. Sama ada anda nak mencuci atau rendam ikan bilis sebelum dimasak, terpulang. Yang penting, toskan ikan bilis seketika hingga kering dan tak berair.Kalau nak cepat, boleh sangai (goreng tanpa minyak) untuk hilangkan kandungan air tadi. Lepas tu barulah goreng dalam minyak panas seperti biasa.

2. Renjis atau Perap Dengan Cuka

Satu lagi tips nak dapatkan ikan bilis goreng yang rangup adalah dengan menggunakan cuka. Caranya, basuhkan bilis, toskan dan renjis dengan cuka makan sambil dirata-ratakan. Kemudian gorenglah macam biasa. Mesti rangup. Boleh juga rendamkan terus dengan cuka selama lebih kurang 5 minit sebelum digoreng. Jangan risau, ia takkan menjejaskan rasa ikan bilis. Cubalah!

3. Goreng Dengan Asam Keping

Kalau di rumah tak ada cuka, boleh letakkan asam keping dalam 2-3 keping semasa menggoreng. Ramai dah cuba dan katanya memang rangup kejadian ikan bilis tu.Petua Supaya Ikan Bilis

4. Gaul Dengan Tepung

Seperti yang kita tahu, tepung akan membuatkan gorengan kita menjadi garing dan crispy. Begitu juga halnya dalam kes ikan bilis ni. Jadi, bila dah basuh ikan bilis nanti, gaul pula dengan tepung. Biasanya guna tepung beras atau tepung jagung. Kemudian goreng. Insya Allah garing dan tahan lama.

5. Simpan Peti Sejuk Sebelum Goreng

Ada juga yang kata kalau nak rangupkan ikan bilis yang digoreng, biarkan ikan bilis yang telah dibasuh dan ditoskan tadi di dalam peti sejuk semalaman. Esoknya keluarkan dan terus goreng macam biasa. Ia akan jadi rangup sebab air dari ikan bilis tu akan tersejat.

6. Tunggu Minyak Hilang Buih

Cara nak menggoreng pun memainkan peranan juga dalam nak mendapatkan hasil yang krup krap krup krap. Nak dapat hasil gorengan bilis yang mantap, seeloknya goreng dalam minyak yang banyak dan api yang perlahan. Pastikan minyak dah panas masa nak masukkan ikan bilis. Nak tahu dah garing ke tak, tunggu sampai ikan bilis berhenti berbuih. Terus angkat dan toskan guna tisu dapur. Bila dah agak sejuk baru simpankan dalam bekas kedap udara.

7. Jangan Sira Atas Api

Kalau yang nak buat sambal, jangan ada api masa masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Jadi, bubuh sambal dalam bekas lain dulu dan kemudian barulah tuangkan bilis dan sirakan. Baru garing!

Lepas ni anda tak perlu lagi mengunyah ikan bilis goreng yang dah liat walaupun baru je goreng. Selamat mencuba!Petua Supaya Ikan Bilis

Sumber: Sirap Limau

Share.

Leave A Reply