Polis Kesan Pesakit Positif Covid-19 Lari Dari Hospital | Seperti yang kita sendiri sedia maklum, sesiapa sahaja yang didapati positif Covid-19 akan dikuarantinkan di pusat kuarantin yang telah disediakan di setiap negeri masing-masing.

Namun, apa yang membimbangkan kini,  terdapat seorang pesakit yang dikhabarkan positif Covid-19 telah melarikan diri dari wad hospital.

Polis Kesan Pesakit Positif Covid-19 Lari Dari Hospital

Sungai Petani: Seorang lelaki yang disahkan positif Covid-19 telah melarikan diri ketika masih menerima rawatan di Hospital Lama Sungai Petani pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki yang dikatakan telah melarikan diri dari wad hospital itu dikenali sebagai Azizi Sarip, 39, dilaporkan tiada di wad setelah enam hari menerima rawatan.

Beliau berkata, pihak polis pada ketika ini sedang giat mengesan lelaki terbabit sejak dilaporkan menghilangkan diri dan tiada di katilnya di wad B1.

“Hasil maklumat pesakit lain memaklumkan, bahawa lelaki itu telah membawa beg dan barangan peribadinya keluar pada jam 6.30 pagi,” katanya.

Menurutnya, hasil daripada siasatan awal mendapati lelaki berkenaan telah mendapatkan rawatan di hospital sama bagi tujuan pembedahan kecil pada tangannya ekoran bernanah pada Khamis lalu.

Difahamkan, saringan Covid-19 dilakukan ke atas pesakit sebagai prosedur hospital dan telah dimasukkan ke pusat kuarantin di wad B1 Hospital Lama Sungai Petani setelah hasil keputusan swab positif diperoleh pada Jumaat lalu.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang mengenal pasti punca jangkitan kontak rapat lelaki itu di mana kes itu masih disiasat,” katanya.

Beliau berkata, satu gerakan khas telah digerakkan bagi mengesan lelaki terbabit di rumahnya di Taman Bandar Baru Sungai Lalang namun, lelaki terbabit tiada di rumahnya.

Sementara itu, katanya, KKM juga telah dimaklumkan untuk mengesan lelaki berkenaan.

“Sekiranya dia ditemui, kita akan hubungi pihak KKM untuk melakukan tindakan lanjut,” katanya.

Kes tersebut telah diklasifikasikan bawah Seksyen 11(3)(a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sumber: Sinar Harian 

 

 

Share.

Leave A Reply