Resepi Ais Kepal Milo | Hai semua, hari ni kami nak kongsikan resepi pencuci mulut untuk semua iaitu, Resepi Ais Kepal Milo. Sedapnya kalau dapat makan dengan cuaca panas Malaysia ni. Resepi ni cukup mudah. Bolehlah korang buka kedai Ais Kepal Milo lepas ni. Dahlah mudah lepas tu dapat menjana pendapatan pula. Resepi daripada khairulaming yang sedap. Jom lihat bahan-bahan buat resepi ni.
Bahan-bahan:
- 1 cawan Milo
- 1 sudu serbuk koko
- 1/2 tin susu pekat
- Ais
- Coklat beras, oreo & kacang
Cara-cara Buat Resepi Ais Kepal Milo:
- Masukkan 1 cawan milo dan satu sudu serbuk koko ke dalam mangkuk.
- Kemudian masukkan ½ susu pekat.
- Kacau bahan-bahan tersebut.
- Kemudian ambil pengisar yang bersesuaian dan masukkan ais batu.
- Kisar ais batu hingga hancur sedikit demi sedikit.
- Masukkan ais kepal tadi ke dalam mangkuk.
- Tuang milo yang dibuat tadi ke atas ais kepal tadi.
- Taburkan topping ikut kesukaan seperti coklat beras, oreo dan kacang.
Okay siap pun ais kepal ni. Mudah saja buat ais kepal ni sedap pun sedap. Tapi apa-apa pun kami ucapkan selamat mencuba. Video kami sediakan di bawah untuk korang yang tidak tahu untuk mula buat resepi ni. Selamat menonton.
Video Cara Buat Ais Kepal Milo.
View this post on Instagram
Kredit: Instagram khairulamingÂ