Resepi Ayam Goreng Berempah

| February 3, 2020 | 0 Comments

Resepi Ayam Goreng Berempah | Hai assalamualaikum, hari ini kami nak kongsikan kepada anda semua Resepi Ayam Goreng Berempah. Anda semua mesti dah bosan asyik makan ayam goreng saja kan. Kali ini anda cubalah kelainan untuk masakan ayam di rumah anda. Jadi apa tuggu lagi, jom lihat bahan-bahan buat resepi ini.

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar (1 large onion)
  • 4 ulas bawang putih (4 cloves garlic)
  • 1 inci halia (1 inch ginger)
  • 1/2 inci lengkuas (1/2 inch galangal)
  • 4 batang serai (4 lemongrass)
  • 1 sudu serbuk ketumbar (1 tbsp coriander powder)
  • 1/2 sudu jintan putih (1/2 tbsp cumin)
  • 1/2 sudu jintan manis (1/2 tbsp aniseed)
  • 1 sudu serbuk kari (1 tbsp curry powder)
  • 1 sudu serbuk kunyit (1 tbsp turmeric powder)
  • Garam (Salt)
  • Gula (Sugar)
  • Air (Water)
  • Daun kari
  • 1/2 ekor ayam (1/2 whole chicken)

Cara-Cara Buat Resepi Ayam Berempah:

  1. Potong 1 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih, dan 1 inci halia.
  2. Kemudian potong ½ inci lengkuas dan 4 batang serai.
  3. Ambil pengisar dan masukkan bahan yang telah dipotong tadi.
  4. Kemudian masukkan 1 sudu serbuk ketumbar, 1/2 sudu jintan putih;
  5. Masukkan 1/2 sudu jintan manis, 1 sudu serbuk kari, 1 sudu serbuk kunyit;
  6. Letakkan sedikit garam dan gula.
  7. Kemudian masukkan air dan kisar kesemua bahan tersebut.
  8. Setelah itu, gaulkan bahan yang dikisar tadi dengan ½ ekor ayam.
  9. Tambahkan sedikit daun kari dan perapkan semalaman.
  10. Untuk keesokkannya, goreng ayam hingga garing.

Okay siap pun hidangan ayam goreng berempah yang berjus ni. Mudah saja kan buat resepi ni. Korang jangan lupa untuk cuba masak ayam goreng berempah ni dirumah. Pasti keluarga anda pun suka dengan masakan anda. Selamat mencuba dan menjamu selera. Kami sediakan video resepi untuk bantu anda buat resepi ni dirumah. Selamat menonton.

Video Cara Buat Resepi Ayam Goreng Berempah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

 

Kredit: Instagram khairulaming

Tags: , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *