Resepi Nasi Goreng Ikan Masin

| February 2, 2020 | 0 Comments

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin | Hai assalamualaikum, anda semua dah ada resepi masakan untuk hari ini? Hari ini kami nak kongsikan Resepi Nasi Goreng Ikan Masin. Biasanya kita makan nasi goreng ikan masin ni di kedai je kan. Haa cuba la pula nasi goreng ikan masin air tangan sendiri. Baru terasa kekaguman makan masakan sendiri, apatah lagi keluarga kita yang makan masakan kita. Gembira kan kita bila kita lihat orang gembira makan masakan kita. Apa-apa pun jom lihat bahan-bahan buat resepi ni.

Bahan-Bahan:

  • 1 keping ikan tenggiri masin (1 slice of salted mackerel fish)
  • sedikit ikan bilis (a bit of anchovies)
  • 4 ulas bawang putih (4 cloves of garlic)
  • 2 biji bawang merah (2 shallots)
  • 1-3 biji cili padi (1-3 chillis)
  • 100g sotong (100g squid)
  • kailan (Gai Lan/Chinese Kale)
  • 1 mangkuk nasi (1 bowl of rice)

Cara-Cara Masak Nasi Goreng Ikan Masin:

  1. Goreng sekejap 1 keping ikan tenggiri masin dengan sedikit minyak.
  2. Ambil lesung batu, masukkan sedikit ikan bilis dan tumbuk.
  3. Masukkan 4 ulas bawang putih dan tumbuk.
  4. Masukkan 2 biji bawang merah yang telah dipotong dan 1-3 biji cili padi.
  5. Tumbuk dan masukkan ikan tenggiri goreng yang telah dibuang tulangnya.
  6. Tumbuk lagi kemudian tumiskan dengan sedikit minyak.
  7. Kemudian masukkan 100g sotong dan kalian yang telah dipotong.
  8. Gaul bahan-bahan tersebut.
  9. Kemudian masukkan nasi dan letakkan minyak daripada bungkusan ikan tenggiri.
  10. Gaul nasi hingga sekata.
  11. Tutup api setelah siap masak.

Okay siap pun resepi kita ni. Mudah saja kan nak masak nasi goreng ikan masin ni. Untuk lagi sedap masakan resepi ni, kami sarankan anda gunakan dua keping ikan tenggiri dan kalau boleh tak perlu letakkan ikan bilis. Okaylah, selamat mencuba dan menjamu selera. Kami sediakan kepada anda video dibawah untuk rujukan yang lebih jelas untuk masak resepi ini.

Video Cara Buat Resepi Nasi Goreng Ikan Masin:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *