Resepi Minuman Thai Green Tea| Assalamualaikum. Kepada peminat minuman Thai Green Tea pasti tidak boleh menolak rasa keenakan minuman ni. Resepi minuman Thai Green Tea ni pula boleh di buat dan dinikmati di rumah sahaja. Buat banyak-banyak pasti sangat puas nak minum. Resepi minuman Thai Green Tea ni anda boleh ikut cara nak buat daripada khairulaming. Jom cuba buat!

 

Bahan-bahan Buat Minuman Thai Green Tea:

  • 2 sudu serbuk green tea Thai
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu coffee creamer
  • 3 sudu susu pekat
  • ¼ susu cair

Cara-cara Nak Buat Minuman Thai Green Tea:

  1. Masukkan 2 sudu serbuk green tea Thai dalam cawan
  2. Tambahkan 1 cawan air panas. Biarkan beberapa minit bagi tea kembang
  3. Kemudian, tapiskan air tea tadi.
  4. Setelah tea di tapis, tambahkan 1 sudu coffee creamer dan 3 sudu susu pekat. Kacau-kacau bagi rata.
  5. Last sekali, masukkan ais ketul dan ¼ susu cair untuk rasa lebih berkrim.
  6. Siappp… sedia untuk di hidang dan sedap di minum sejuk-sejuk.

Wahhh… terliurnya tengok keenakan minuman Thai Green Tea. Tak perlu bersusah payah beratur atau keluar semata-mata nak minum Thai Green Tea, buat sendiri dekat rumah pon boleh. Sangat puas dapat buat sendiri. Musim cuaca yang agak panas ni memang syok dapat minum air yang sedap dan sejuk kan. Kepada anda nak ikut cara buat resepi minuman ni anda boleh tengok video masakan daripada khairulaming di bawah ni. Selamat mencuba.

Video Cara Buat Minuman Thai Green Tea:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Share.

Leave A Reply