Resepi Burger Ala-Ala Prosperiti

| February 1, 2020 | 0 Comments

Resepi Burger Ala-ala Prosperiti | Hai assalamualaikum semua. Hari ini anda semua sarapan apa saja? Sebenarnya semalam tiba-tiba kami teringatkan burger prosperiti yang dekat McDonald’s tu. Ramai yang kata burger ni sedap tapi pengalaman kami pada bulan lepas. Ada seorang kawan kami ajak makan McDonald’s, kami berdua pun order burger prosperity ni. Masa makan tu kawan kami membebel tak sudah kat kami kata burger ni terlalu banyak lada, tak sedap la dan lain-lain. Dan nak jadikan cerita, balik rumah pun dia masih complain dekat kami pasal burger ni sebab kawan dia claim kata burger ni sedap. Keesokan harinya, dia ternampak story Instagram kawan dia makan burger prosperiti ni dan dia tanya kenapa kertas bungkusan tak sama dan katanya berkemungkinan burger yang kami makan itu tiruan. Aduh ada ke McD tiruan? Kok kesitu pula dia ni. Haish!!! Nak kena luku kot baru sedar. Jadi, kami rasa mungkin citarasa setiap orang berbeza atau pun kuantiti lada hitam burger kami tu terlalu banyak sebab itu rasa dia kurang sedap. Kami pun tanpa sedar teringin pula nak makan burger prosperiti ni. Jadi, kami pun belek Instagram khairulaming dan tersebutlah alkisah Resepi Burger Ala-Ala Prosperiti. Okaylah jom lihat bahan-bahan buat resepi ini.

Bahan-bahan:

  • 150g daging kisar (150g ground beef)
  • Garam dan lada hitam (salt and pepper)
  • 2 sudu mentega (2 tbsp butter)
  • 1 sudu tepung gandum (1 tbsp all purpose flour)
  • 1 biji bawang besar (1 onion)
  • 1 cawan air (1 cup water)
  • 2 sudu sos tiram (2 tbsp oyster sauce)
  • 2 sudu kicap manis (2 tbsp sweet soy sauce)
  • 1 sudu lada hitam (1 tbsp black pepper)
  • garam (salt)
  • roti (bread)

Cara-Cara Buat Resepi Burger Ala-ala Prosperiti:

  1. Ambil daging kisar dan bentukkan seperti oblong
  2. Letakkan sedikit lada hitam dan garam pada daging tadi.
  3. Goreng daging tersebut dengan sedikit minyak.
  4. Untuk sos, masakkan 2 sudu mentega.
  5. Kemudian masukkan 1 sudu tepung gandum dan kacau hingga menjadi perang.
  6. Masukkan 1 biji bawang besar yang telah dipotong dadu.
  7. Masukkan 1 cawan air dan 2 sudu sos tiram.
  8. Letakkan 2 sudu kicap manis dan 1 sudu lada hitam.
  9. Letakkan sedikit garam dan kacau hingga sekata.
  10. Setelah masak tutupkan api.
  11. Letakkan daging yang digoreng tadi dan salutkan dengan sos tadi.
  12. Ambil roti dan potong kepada 2 bahagian
  13. Letakkan bawang yang dihiris diatas roti dan letakkan daging.
  14. Apitkan dengan roti di bahagian atas.

Okay siap pun resepi ni. Harapnya resepi ni sesuai dengan citarasa anda. Selamat mencuba dan manjamu selera. Kami sediakan video di bawah untuk anda mendapat gambaran yang lebih jelas semasa memasak. Selamat menonton.

Video Cara Buat Resepi Burger Ala-Ala Prosperiti:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming 

 

Tags: , , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *