Resepi Cheesy Korean Fried Chicken

| February 1, 2020 | 0 Comments

Resepi Cheesy Korean Fried Chicken|Assalamualaikum. Hari ni nak kongsikan resepi Cheesy Korean Fried Chicken. Bila sebut jer ayam dan cheesse pasti ramai yang suka. Makanan ala-ala Korean ni sudah menjadi trend masa kini. Kepada anda yang berminat untuk menikmati makanan ala-ala Korea ni, apakata anda cuba buat di rumah pasti anak-anak-suka. Resepi Cheesy Korean Fired Chicken ni anda boleh tengok cara masakan daripada Khairulaming.

Bahan-bahan Buat Fried Chicken:

  • 500g ayam
  • Garam
  • Lada hitam
  • 1-2 sudu tepung beras

Bahan-bahan Buat Sos Korea:

  • 2 sudu Gochujang
  • 1 sudu madu
  • 1 sudu kicap manis
  • Air
  • Mozarella cheese

Cara-cara Masak Fried Chicken:

  1. Sediakan ayam dalam bekas
  2. Letakkan sedikit garam dan serbuk lada hitam
  3. Tambahkan tepung beras. Gaul rata.
  4. Kemudian, goreng ayam dalam minyak yang panas. Goreng sehingga garing.
  5. Keluarkan ayam bila da masak.

Cara-Cara Masak Sos Korea:

  1. Gunakan pan yang lain, masukkan 2 sudu Gochung, 1 sudu madu dan 1 sudu kicap manis.
  2. Tambahkan sedikit air. Kacau dan masak sos sehingga nampak kering sedikit
  3. Masukkan ayam yang telah di goreng dalam sos tadi. Kacau hingga rata
  4. Seterusnya, cairkan mozarell cheese dan balutkan ayam dengan cheesy.
  5. Siap… hidangkan untuk makan bersama keluarga anda.

Tadaaa… Nampak mudah kan nak buat resepi Korean Cheesy Fried Chicken ni? Kalau nampak mudah dan sedap anda patut cuba buat di rumah. Buat dekat rumah lagi puas nak makan. Kepada anda yang masih tidak dapat ikut cara-cara nak buat resepi ni, anda boleh tengok video masakan yang kami sediakan di bawah. Selamat mencuba.

Video Masakan:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *