Resepi Burger Mini

| June 9, 2020 | 0 Comments

Resepi Burger Mini | Selalunya burger mini ni jarang la orang rajin nak buat. Bukan apa, dah nama pun mini, kecik saja lah. Nak buat tu dia punya mengeliat memang tak boleh bawak bincang. Bila dah siap, sekejap ja habis dalam mulut. Tapi disebabkan keinginan nak makan tu kuat, sanggup jugak buat. Ni resepi untuk sesiapa yang teringin nak buat ataupun sesiapa yang rasa lapar tapi tak ada makanan kat dapur, boleh lah cuba ya.

Bahan – bahannya :

250Gm tepung gandum

1 Sudu besar gula kastor

125 ml susu segar

1 Biji telur

2 Sudu teh yis kering ( mauripan )

25 Gm butter

 

Bahan Hiasan Dalam Burger :

Salad

Timun

Sambal ikan bilis

 

Cara Penyediaan :

1. Masukkan sedikit gula , yis dan sedikit susu kedalam gelas. Biarkan selama 15 minit hingga ianya berbuih.

2. Kemudian masukkan tepung , telur dan gula ke dalam mangkuk..kacau2 rata..Masukkan pula , yis yang sudah dibancuh terlebih

dulu  kedalam tepung.  Kacau dan uli hingga rata lagi.

3. Akhirnya masukkan butter dan uli lagi hingga adunan tepung tidak melekat ditangan.

4. Rehatkan doh selama 1 jam hingga adunan mengembang .

5. Apabila sudah naik , tumbuk-tumbuk sedikit supaya angin keluar.

6. Kemudian uli sedikit dan bentukkan bulat-bulat anggaran 30gm.bulatkan hingga habis adunan.

7. Biar sebentar selama 45 minit supaya adunan mengembang lagi.

8. Panaskan minyak , goreng mini burger hingga keperangan..goreng hingga habis. Angkat dan toskan.

9. Kemudian ambil mini burger yang sudah digoreng dibelah tengah , tapi jangan sampai terputus , kemudian letakkan daun salad,

hirisan timun dan sedikit sambal ikan bilis. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit: Secukup Rasa

Ha, amacam? Senang ja kan. Lepas ni boleh la buat banyak-banyak nak makan puas-puas. Kalau tak habis boleh bagi dekat jiran sebelah, rasa sorang sikit kan. Mana tahu jiran cakap sedap, dah boleh buat jual terus, kan bagus tu. Apa-apa pun, selamat mencuba.

 

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *