Resepi Nasi Korea – Bibimbap | Hari ni rasa macam nak masak lain dari yang lainlah. Tapi nak masak apa pun tak tau lagi. Resepi banyak, tapi masih ragu-ragu. Selalu tengok Running Man, waktu makan depa tu bukan main sedap ja makanan dia kan?. Ha, kalau sekali sekala nak rasa kelainan, bolehlah cuba buat makanan korea ni. Resepi Bibimbap yang sedap.

Bahan perapan daging:

250 gram daging

2 tbsp kicap cair

1 tbsp madu

1 tbsp bawang putih cincang

1 tspn minyak bijan

Sedikit bijan sangai

 

Bahan sayur:

Taugeh

Lobak merah

Bayam

Zucchini

Timun jepun

Cendawan shitake

 

Bahan lain:

Bawang putih

Minyak bijan

Bijan sangai

Gochujang (wajib)

Kicap cair

Stok ayam

Telur

 

Cara-cara:

1. Potong daging kepada bentuk mancis, dan satukan kesemua bahan. Perapkan 30 minit.

2. Hiris halus lobak, zucchini, timun dan cendawan. Gaulkan dengan garam (kecuali cendawan) dan ketepikan supaya air dari

sayuran keluar.

3. Rebuskan air, dan celurkan bayam. Kemudian potong bayam dan letakkan minyak bijan dan juga bijan sangai. Ketepikan.

4. Rebus air bersama taugeh, dan perasakan dengan stok ayam. Rebus selama 10 minit sahaja. Keluar kan taugeh dan ketepikan

5. Dalam pan bersih, masak lobak bersama sedikit minyak. Ketepikan.

6. Masak pula zucchini bersama sedikit minyak bijan dan bawang putih. Sama juga cara masak timun jepun. Ketepikan.

7. Masak cendawan shitake bersama 1 tbsp kicap cair, dab bawang putih. Ketepikan.

8. Masak daging sehingga air kering. Ketepikan.

9. Dalam mangkuk bersih, letak kan nasi dan juga semua bahan yang kita sediakan tadi. (Rujuk video)

10. Letakkan telur mata kerbau dan 1 tbsp gochujang berserta minyak bijan dan taburan bijan sangai. Bibimbap sedia dimakan panas

bersama sup taugeh.

Kredit: Seminit Resepi

Kalau nak rasa feeling duduk korea tu, bolehlah makan waktu tengok drama korea. Lagi satu, kalau nak buat bibimbap ni, hampa kena beli sos gouchujang. Kalau tak ada sos ni tak jadi tau. Sos gochujang ni senang ja nak carinya. Boleh dapatkan di shopee atau lazada. Banyak online shop ada jual. Selamat mencuba.

Share.

Leave A Reply