Resepi Cara Buat Bubur Keladi | Hai assalamualaikum. Kepada anda yang minat dengan makanan yang berlemak dan manis boleh la cuba resepi yang kami nak kongsikan hari ni iaitu, resepi bubur keladi. Resepi ala-ala kampung daripada khairulaming jom lihat bahan-bahan buat resepi ni.

Bahan-bahan:

  • 1 kg keladi (1kg yam)
  • Daun pandan (pandan leaves)
  • 1 blok gula melaka (1 block palm sugar)
  • 4 cawan air (4 cups water)
  • Garam (salt)
  • 1 kotak kecil santan (1 small box coconut milk)
  • Sagu (sago)

Cara-Cara Masak Bubur Keladi:

  1. Potong keladi secara kecil.
  2. Rebus keladi yang telah dipotong tadi dengan daun pandan di dalam periuk.
  3. Setelah siap direbus, buang air rebusan.
  4. Ambil periuk lain, dan buka api.
  5. Masukkan 4 cawan air dengan pandan.
  6. Setelah itu masukkan gula melaka dan letak garam secukupnya.
  7. Kemudian masukkan rebusan keladi tadi
  8. Tuangkan satu kotak kecil santan.
  9. Setelah mendidih, masukkan sagu secukupnya.

Okay siap pun resepi ni. Bolehlah buat untuk minum petang ni. Selamat mencuba dan menjamu selera. Kami sediakan video daripada khairulaming, iaitu masakan bubur keladi Mak Limah untuk anda buat rujukan masak nanti. Selamat menonton.

Video Cara Buat Resepi Bubur Keladi:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming

Share.

Leave A Reply