Resepi Cara Buat Kentang Putar

| January 19, 2020 | 0 Comments

Resepi Cara Buat Kentang Putar| Assalamulaikum. Resepi kali ni ialah Resepi Cara Buat Kentang Putar. Kentang putar ni memang makanan kesukaan ramai tiap kali bila order KFC kan. Teksturnya yang lembut, enak, dan berlemak ni semestinya akan membangkitkan selera anda. Resepi sedap kentang putar ini ada boleh tengok cara masakan daripada khairulaming. Jom kita tengok cara penyediaan Resepi Cara Buat Kentang Putar.

Bahan-bahan Buat Kentang Putar

Bahan-bahan Buat Sos Kentang Putar:

  • 5 sudu mentega
  • 1 biji bawang besar
  • 5 sudu tepung gandum
  • 1 cawan air
  • ½ kiub pati ayam
  • 2 sudu sos lada hitam
  • Sedikit garam

Bahan-bahan Buat Kentang:

  • 500g ubi kentang
  • ½ sudu mentega
  • ¼ cawan susu segar
  • Sedikit garam

Cara-cara Masak Sos Kentang Putar:

  1. Cairkan mentega ke dalam kuali.
  2. Kemudian, gorengkan 1 biji bawang besar menggunakan mentega yang telah cair tadi. Gorengkan sehingga garing.
  3. Tambahkan 1.5 sudu tepung gandum.
  4. Tuangkan 1 cawan air. Kacau sehingga rata.
  5. Da masak, angkat adunan tadi dan blendkan adunan tersebut.
  6. Kemudian, masukkan semula adunan tadi ke dalam kuali.
  7. Masukkan ½ kiub pati ayam dan 2 sudu sos lada hitam. Gaul rata
  8. Masukkan pula garam secukup rasa. Kacau sehingga masak.

Cara-cara Masak Kentang:

  1. Rebuskan terlebih dahulu kentang.
  2. Kemudian, lenyekkan kentang sehingga hancur menggunakan garfu
  3. Tambahkan ½ sudu mentega
  4. Tambahkan pula ¼ cawan susu segar dan garam secukup rasa. Gaulkan semua adunan tadi sehingga rata
  5. Da siappp!! Tuangkan sos kentang putar di atas ubi kentang yang telah dilenyekkan tadi. Siap untuk di makan. Yum, yum, yum…

Terliurnya min tengok resepi ni. Teksturnya sangat lembut kan? Sedap ni kalau dapat buat untuk anak-anak mesti suka. Anda yang tak tahu cara-cara nak buat resepi Kentang Putar min da sediakan video masakan daripada khairulaming di bawah. Selamat mencuba!

Video Masakan:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *