Resepi Rendang Ayam

| January 20, 2020 | 0 Comments

Resepi Rendang Ayam | Hai assalamualaikum, hari ni kami nak kongsikan resepi rendang ayam. Boleh lah anda simpan resepi ni untuk raya nanti. Bulan Ramadhan dah tak lama dah. Sekejap saja masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah raya. Resepi yang sedap ni kami ambil daripada koleksi resepi khairulaming. Jom lihat bahan-bahan buat resepi ni.

Bahan-bahan:

  • 3 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inchi halia
  • 1 inchi lengkuas
  • Segenggam cili kering
  • ½ ekor ayam
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 kotak kecil air
  • 2 sudu besar kerisik
  • Daun kuyit
  • Saun limau Kasturi
  • 1 keping asam keeping
  • Satu sudu besar garam
  • 1 sudu besar gula

Cara- cara Masak Resepi Rendang Ayam:

  1. Potong 3 biji bawang merah, satu inchi kunyit hidup, halia, lengkuas dan 3 batang serai.
  2. Kemudian masukkan ke dalam pengisar.
  3. Setelah itu masukkan 6 ulas bawang putih.
  4. Ambil segenggam cili kering dan rebus dengan air.
  5. Setelah itu masukkan cili kering ke dalam pengisar.
  6. Kisar kesemua bahan tersebut.
  7. Masukkan minyak kedalam kuali, dan tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak.
  8. Kemudian masukkan ½ ekor ayam.
  9. Tuangkan 1 kotak kecil santan dan 1 kotak kecil air.
  10. Kacau dan pastikan api dibuka perlahan supaya tidak hangus di bawah.
  11. Masukkan 2 sudu kerisik.
  12. Kemudian masukkan daun kunyit yang telah dipotong dan daun limau Kasturi.
  13. Letakkan 1 keping asam keping, satu sudu besar garam dan gula.
  14. Setelah masak tutup api.

Okay masak pun rendang ayam ni. Selamat mencuba dan menjamu selera. Kami sediakan video dibawah untuk tontonan anda yang kurang faham cara masak resepi ni. Selamat menonton.

Video Cara Buat Masakan Rendang Ayam:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *