Resepi Cheezy Macaroni Bakar

| January 20, 2020 | 0 Comments

Resepi Cheezy Macaroni Bakar | Hai assalamualaikum, hari ini kami nak kongsikan cara buat resepi cheezy macaroni bakar dengan anda di rumah. Tak perlu dah order di luar, buat sendiri baru puas hati. Mudah saja cara membuatnya. Jom lihat bahan-bahan buat resepi ni.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan makeroni (2 cups macaroni)
  • 3 sudu minyak masak (3 tbsp cooking oil)
  • 1/2 sudu garam (1/2 tbsp salt)
  • 1 biji bawang holland (1 onion)
  • 3 ulas bawang putih (3 cloves garlic)
  • 200g daging kisar (200g ground beef)
  • 350g sos pasta (350g pasta sauce)
  • 1 lada benggala (1 bell pepper)
  • 1/2 sudu kecil garam (1/2 tsp salt)
  • Mozarella cheese

Cara-cara Masak Macaroni Bakar:

  1. Masak 2 cawan makeroni dengan air.
  2. Tambah 3 sudu minyak masak dan ½ sudu garam.
  3. Tunggu hingga masak dan tapis setelah siap.
  4. Untuk inti, potong bawang merah secara mendadu dan cincang 3 ulas bawang putih.
  5. Ambil kuali, tumiskan bawang-bawang yang telah dipotong tadi dengan minyak.
  6. Masukkan 200g daging kisar dan kacau.
  7. Kemudian masukkan 350g sos pasta dan ½ garam.
  8. Kacau hingga sebati.
  9. Letakkan 1 biji lada benggala yang telah dipotong dadu.
  10. Masukkan makeroni yang telah dimasak tadi dan gaul kesemua bahan.
  11. Ambil mangkuk kaca tahan panas atau dulang tahan karat.
  12. Letakkan separuh adunan makeroni yang dimasak tadi.
  13. Kemudian taburkan mozzarella cheese.
  14. Setelah itu, letakkan adunan makeroni yang selebihnya dan taburkan mozzarella cheese.
  15. Bakar pada suhu 180˚c selama 20 minit.

Okay siap pun cheezy macaroni bakar ni. Resepi ni sedap dimakan panas-panas. Jika tiada oven boleh je letakkan atas kuali non-stik untuk cairkan cheese. Selamat mencuba dan menjamu selera. Kami sediakan video resepi ni dibawah untuk rujukan anda. Selamat menonton.

Video Cara Buat Cheezy Macaroni Bakar:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *