Resepi Cara Buat Overnight Oatmeal

| January 20, 2020 | 0 Comments

Resepi Cara Buat Overnight Oatmeal| Assalamualaikum. Resepi kita hari ni ialah Resepi Cara Buat Overnight Oatmeal. Resepi ni sesuai untuk anda yang nak diet, yang suka terbangun tengah-tengah malam takut nak ambil makanan berat boleh la cuba resepi sihat dan sedap ni. Resepi Cara Buat Overnight Oatmeal ni anda boleh tengok cara masakan daripada khairulaming.

Bahan-bahan Buat Overnight Oatmeal:

  • ¾ cawan oat
  • ½ cawan plain yogurt
  • ½ sudu madu
  • 1 cawan susu segar

Bahan-bahan Topping:

  • Apa-apa jenis buah yang menjadi pilihan anda.

Cara-cara Buat Overnight Oatmeal:

  1. Masukkan 3/4 oat ke dalam satu bekas sederhana kecil
  2. Kemudian, campurkan bersama 1/2 cawan plain yogurt, madu dan susu segar ke dalam satu bekas.
  3. Kacaukan kesemua bahan-bahan tersebut.
  4. Kemudian, simpan dalam peti sejuk selama satu malam.
  5. Setelah itu, untuk topping korang boleh gunakan pelbagai jenis buah. Contohnya, buah naga, buah pisang, atau apa-apa buah lah. Ikut citarasa korang. Potong lah buah tu ya!
  6. Da siap… boleh makan sejuk-sejuk. Hehehe..

Tadaaa… da siap resepi Overnight Oatmeal ni. Da la sihat, sedap pula tu. Anda yang bosan asyik makan oat kosong jer boleh cuba resepi yang kaya dengan buah-buahan ni. Memang berkhasiat betul.. Anda yang tak tahu cara bagaimana nak buat, kami da sediakan video masakan daripada khairulaming di bawah. Selamat mencuba ya!

Video Masakan:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *