Resepi Cara Buat Chicken Chop

| February 3, 2020 | 0 Comments

Resepi Cara Buat Chicken Chop|Assalamualaikum. Hari ni kita share resepi cara buat Chicken chop. Asyik makan nasi jer kan. Apakata kita cuba buat fried chicken chop dengan sos black pepper di rumah. Seronok di dijadikan juadah untuk keluarga. Mesti dorang suka. Resepi cara buat chicken chop yang sedap ni, anda boleh tengok cara masakan daripada khairulaming. Jom kita cuba!

 

Bahan-Bahan Buat Sos Black Pepper:

  • 2 sudu mentega
  • 1 biji bawang holland
  • 1 sudu tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap manis
  • 1 sudu lada hitam
  • Garam

Bahan-bahan Buat Ayam:

  • ¼ ekor ayam
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan serbuk roti

Cara-cara Masak Sos Blackpepper:

  1. Cairkan 2 sudu mentega dalam kuali
  2. Goreng sebiji bawang holland dan tambahkan 1 sudu tepung gandum. Kacau sehingga masak dan garing
  3. Kemudian, tambahkan 1 cawan air, sos tiram, kicap manis dan lada hitam yang telah di tumbuk. Kacau hingga rata.
  4. Kemudian, tambahkan garam secukup rasa. Kacau lagi.
  5. Setelah bahan-bahan siap masak, blendkan kesemuanya menggunakan mesin blender.
  6. Masukkan semula ke dalam kuali. Kacau sehingga sos masak.

Cara-cara Masak Ayam:

  1. Basuh ayam sehingga bersih
  2. Cucuk-cucukkan ayam menggunakan garfu
  3. Kemudian, letakkan seulas bawang putih dan 1 sudu sos tiram. Sapu hingga rata
  4. Setelah tu, biarkan ayam diperap seketika
  5. Kemudian, salutkan ayam dengan tepung jagung dan juga serbuk roti.
  6. Goreng dalam minyak yang panas dalam kuali. Goreng sehingga garing.
  7. Da siap .. tuangkan sos blackpepper atas ayam dan sedia untuk dinikmati bersama keluarga.

Tadaaa. Sangat mudah tapi sedap resepi cara buat Chicken Chop ni kan. Kami pasti bahan-bahan nak buat Chicken Chop ni pon dah sedia ada dekat rumah. Boleh jer nak buat bila-bila masa sahaja. Kepada anda yang masih tak berapa jelas cara-cara nak buat Chicken Chop ni, anda boleh tengok video masakan di bawah ni. Selamat mencuba ya.

Video Masakan:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *