Resepi Simple Roasted Chicken

| February 3, 2020 | 0 Comments

Resepi Simple Roasted Chicken | Hai assalamualaikum, anda semua dah ada resepi masakan hari ini. Kalau tiada, di sini kami nak kongsikan resepi yang cukup mudah untuk dimasukkan ke dalam menu masakan anda hari ini. Resepi yang kami nak kongsikan hari ini adalah daripada khairulaming iaitu, Resepi Simple Roasted Chicken. Okay, jom lihat bahan-bahan untuk masak resepi ini.

Bahan-Bahan:

Untuk Bawang:
  • 2 biji bawang besar
  • 2 sudu minyak zaitun
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil lada hitam
Untuk dalam Ayam:
  • 1 ekor ayam
  • 1 sudu Thyme
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 labu bawang putih dipotong dua
Untuk luar ayam:
  • sudu mentega dicairkan
  • 3/4 sudu garam
  • 1-5 sudu lada hitam

Cara-Cara Masak Simple Roasted Chicken:

  1. Untuk bahan bawang, masukkan 2 biji bawang besar yang telah dipotong ke dalam mangkuk.
  2. Kemudian masukkan 2 sudu minyak zaitun, 1/2 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil lada hitam.
  3. Setelah itu ambil 1 ekor ayam yang telah dibuang organ dalamannya.
  4. Letakkan ke atas dulang.
  5. Masukkan 1 sudu Thyme, 1 sudu kecil garam, 1 sudu kecil lada hitam ke dalam badan ayam.
  6. Kemudian masukkan 1 labu bawang putih yang telah dipotong dua.
  7. Kemudian ikat kedua belah kaki ayam tadi dengan tali.
  8. Pastikan kepak ayam diletakkan di belakang bahu ayam.
  9. Setelah itu, cairkan 2 sudu besar mentega dan tuangkan keatas ayam.
  10. Kemudian taburkan 3/4 sudu besar garam dan 1-5 sudu besar lada hitam.
  11. Letakkan bahan bawang tadi di sekeliling ayam.
  12. Kemudian bakar pada suhu 200 darjah Celsius selama 1 jam 30 minit.

Okay siap pun hidangan resepi ayam panggang ni. Kalau anda tertanya-tanya tentang rasa ayam ni boleh lah cuba buat resepi ini di rumah. Kami ada sediakan video resepi Simple Roasted Chicken di bawah untuk rujukan korang memasak nanti. Selamat mencuba dan selamat menonton.

Video Cara Buat Resepi Simple Roasted Chicken:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming 

 

Tags: , , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *