Resepi Masakan Yee Mee Goreng

| February 4, 2020 | 0 Comments

Resepi Masakan Yee Mee Goreng|Assalamualaikum. Kepada anda yang telah kehabisan idea nak masak apa hari ni, apakata kita cuba tukar selera tekak dan resepi masakan kita dengan membuat resepi masakan Yee Mee Goreng. Rasa-rasanya senang tak nak buat? Haaa anda jangan risau resepi nak buat Yee Mee Goreng ni sangat senang dan semestinya sedap. Anda boleh tengok cara masakan daripada khairulaming di bawah ni. Jom kita buat!

Bahan-bahan Buat Yee Mee Goreng:

  • 3 ulas bawang putih yang ditumbuk
  • 1 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap manis
  • 1 sudu kecil kicap air
  • Udang
  • Fish cake
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • ½ cawan air
  • Cendawan
  • Lada merah
  • ¼ kiub pati ayam
  • Sawi
  • Yee mee
  • 1 biji

Cara-cara Masak Yee Mee Goreng:

  1. Rebus dulu yee mee sehingga lembut. Bila yee mee dah lembut toskan dan letak tepi.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan 3 ulas bawang putih yang telah di tumbuk. Tumiskan sehingga naik bau.
  3. Masukkan sos tiram, kicap manis, dan kicap air. Kacau bagi rata.
  4. Kemudian, masukkan udang dan fish cake.
  5. Tambahkan minyak bijan dan air untuk bagi berkuah. Kacau lagi
  6. Kemudian, masukkan cendawan, lada merah dan ¼ kiub pati ayam. Kacau bagi masak bahan-bahan tersebut.
  7. Lepastu, masukkan pula sayur sawi. Bila bahan-bahan dah cukup masukkan yee mee yang telah siap di rebus bersama bahan-bahan kuah. Kacau bagi masak
  8. Akhir sekali, pecahkan sebiji telur. Masak seketika. Dah siap hidangkan panas-panas.

Ummmphhh… nampak sedap sangat kan resepi masakan Yee Mee Goreng ni. Sekali sekala tukar selera tekak dengan cuba buat resepi yang sedap dan mudah ni. Bahan-bahan juga mudah dapat. Makan panas-panas sangat nikmat. Boleh lah cuba kepada anda yang tak tahu cara-cara nak buat, anda boleh tengok video masakan di bawah.

Video Masakan: 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *